Posted by: petahmuda | October 31, 2009

blog sesat. meyesatkan….

Monday, October 26, 2009

 

BLOG SESAT LAGI MENYESATKAN

 

Pendahuluan :
Di Negara kita, perbuatan merekacipta agama semakin menjadi-jadi. Selepas tamatnya riwayat Nabi Palsu Hj Kahar, timbul pula ajaran Rasul Melayu Mariam di Ampang. Walaupun ajaran ini pernah diisytihar sesat oleh Jabatan Agama Islam Perak, beliau tak serik2 dengan dakwaannya sebagai utusan Tuhan : mendapat wahyu, solat 5 waktu tak wajib & dianggap agama dajjal, Kaabah rumah segala Jin, alim ulamak dituduh sbg dajjal dan lain-lain. Penulis juga pernah mendedahkan ajaran ’sesat’ ni beberapa tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Lembab betul para sahabat kita bertindak. Ketua Agama pula selesa dengan nikmat ‘dunia’ yang ada ditangan mereka. Haji Kahar dikenakan denda 21,000 sahaja (bayar Kancil pun tak lepas), penjara dan beberapa sebatan (Akta Kesalahan Syariah 559-1997). Kalau nak jaga talian 999, buat panggilan palsu..sabit kesalahan, anda dikenakan rm100,000 @ setahun penjara @ kedua-duanya sekali (Akta 233 Telekomunikasi/Mutlimedia). Jaga talian 999 lebih bernilai dari jaga akidah ummah. Ni, salah satu contoh undang2 koboi..Aduuh..leetiiih. Sebab tu, di negara kita banyak ajaran sesat.


Raja Kita Selamat Bertahta…

Seringkali Muncul :
Kini muncul pula ajaran songsang utk menyesatkan umat ini dari landasan yang benar. pada mulanya, ajaran ini muncul dengan capaian : layarbahtera.com. Kemudian disekat oleh SKMM. Hilang seketika. Lepas tu, mereka muncul pula dengan : manatuhanallah.wordpress.com. Apabila ‘penyelewengan’ mereka didedahkan…mereka berpindah pula ke capaian : manadajjalalmasih.wordpress.com. Lepas ni..bertukar dan berpindah lagi..sifat mereka persis ‘makhluk atasan’ yang suka bergayut atas pokok. Sekali sekali turun ke bawah untuk mencari makan dan mengambil peluang. Kemudian lari bertempiaran dan menyembunyikan diri dari pihak berkuasa. Jika kamu benar dalam berdakwah, kenapa harus bersikap pengecut? Mahu debat..hubungi : Zamihan : 012 246 5518 talian 24jam.

Subjek mengelirukan :
Subjek : ‘mana tuhan’ yang menjadi identiti kumpulan ini melambangkan kedhaifan mereka dalam ilmu usuluddin. Mereka mengemukakan persoalan yang mereka sendiri tiada jawapannya. Dalam tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah, persoalan mana Tuhan Allah bukan sesuatu yang syar’i? Yang disyariatkan ialah kalimah syahadah! Iaitu Islam menuntut kita untuk menyakini bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. jika lafaz ini diucap, syariat dihayat dan disemat dalam hati seseorang itu dikira sempurna keimanannya. Dia tidak perlu memikirkan ‘dimana Allah’ secara hissi. Iaitu sesuatu yg dpt dirasa dgn pancaindera. Ini kerana akalan seseorang tidak mampu memikirkan tentang hakikat Dzat lantaran keterbatasan akal berkenaan. Jika difikirkan dan dikahayalkan ia akan membawa kepada tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk) atau tajsim (mengkhayalkan Allah beranggota tubuh). Kedua aktiviti ini adalah haram dengan ijmak ulamak. Lantaran itu, jika disebutkan ‘kedudukan @ dimana Allah’ maka ulamak memaksudkannya dengan makna yang layak dengan kebesaran Allah SWT. Dimana Allah beerti dimana kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Dasar Ajaran :
Setelah melayari blog ini beberapa bulan lepas, meneliti dan melakukan sedikit soal selidik dengan Ustaz Ahmad berdasarkan no hp yang diberi, saya membuat beberapa kesimpulan mudah :
1)Ajaran ini cuba mengelirukan umat Islam tentang Ketuhanan Allah, Nubuwwat dan Sam’iyyat.
2) Menyifatkan Allah SWT sama seperti makhluk.
3)Ajaran ini mempersendakan kesucian Islam : kalimah syahadah diletak atas kepala tengkorak.
4) Menggambarkan Islam dengan rupa lanun yang ganas.
5)Menghina para ulamak dengan menganggap tafsiran mereka tidak betul dengan mengetengahkan tafsiran mereka secara bebas ISA (Ikut Suka Aku).
6) Mencipta pelbagai teori karut-marut agama (bid’ah dholalah) dan banyak lagi.
7)Meninggalkan beberapa kewajipan yang menjadi rukun Islam (sumber : Jab Agama Johor)
Berdasarkan kepada pemerhatian diatas, tidak syak bagi saya untuk menyatakan bahawa ajaran ini sesat lagi menyesatkan.Pihak berkuasa perlu bertindak segera bagi membendung fahaman ini. Manakala orang awam wajib menjauhkan diri. Bahkan perlu memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. Semoga Allah SWT menghancurkan apa jua bentuk kesesatan yang ada di negara kita. Negara kita tanggungjawab kita.

//
//

// http://al-ghari.blogspot.com/2009/10/blog-sesat-lagi-menyesatkan.html

Posted by: petahmuda | November 5, 2009

” Tanda Kebesaran Tuhan….(Al-Quran)

 

strange world @ stranges-world.blogspot.com

 

The above Photos are of the two rivers flowing in southern part near Cape Town , South Africa .

These two river flow together and finally settle down in the Ocean.

The taste of one river water is extremely sweet whereas the taste of other river is extremely opposite (that is bitter) but they never mix.

strange world @ stranges-world.blogspot.com

 

There is no physical barrier in between these rivers which stops them from mixing together but it is the will & order of God.

This came to know in the starting of 20th century only where as Almighty God has mentioned the nature of these two rivers in Holy Quran 1400 years back .

 

Now you know more than you did before!!

 

 

Allahu Akbar!!!

Posted by: petahmuda | October 26, 2009

Muktamar Khas?

Salam Kamunting,

Ujian di mana-mana

Ujian di mana-mana

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.”  al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalubersuka ria.

4 comments


Salam!

Saya panjangkan artikel Ustaz ini dalam blog nikhassanazmi.blogspot.com/

tk

salam ustaz nik abduh,
sblm ini kita berbangga dgn media baru (blog) dlm membantu kita mmberi penerangan kpd masyarakat, tanpa kita sedari media baru ini juga memporak porandakan jemaah..

terima kasih kerana artikel ini kembali menenangkan hati kami yg gundah gulana.

Allah selamatkan jemaah PAS!

Syukran Ustaz.. semoga dapat dimanfaatkan pesanan ini..

sumber: http://nikabduh.wordpress.com/2009/10/26/egm/

Older Posts »

Categories