Rinai Al Baiduri

Rinai Al baiduri. Nama semata-mata. Bukan dizahirkan pada wajah hina ini, bukan juga mahu mengelak nama hadiah ibunda. Tapi Sinteknya jelas, Renai- Renai Berduri sepanjang zaman…. Pemuda.

perjalanan ini susah dan jauh jalannya....

perjalanan ini susah dan jauh jalannya....

Taujihah dari Ust Ridhuan Mohd Noor

Sempana Himpunan Pemuda Islam Sri Gading 2008

 

 

Sheikh Dr. Aiwah (mesir)

Pemuda Sangat penting kepada Islam kerana Pemuda memberi Kekuatan cita-cita, idealisma kepada pergerakan

 

 

Kalau disoroti, Pemuda antara yang banyak membantu Nabi Muhammad s.a.w.

– Zubir dan Talhah(16 thn)

– Ali Abi Talib (masih budak)

– Abu Bakar (38 thn)

 

Yang lawan Nabi, orang-orang tua. Shaibah… Abu Uzza.

_________________________________________________________________________________________________

 

[o]Tahun ke2 hijrah(17 ramadhan)

– Berlaku Perang Badar. 313 tentera muslimin melawan 1000 tentera musyrikin.

 

[o] Peristiwa Perang Uhud

 

– Kisah Mus’ad bin Umair. Anak bansawan yang sangat kaya, sebelum masuk islam diceritakan beliau pemuda yang paling bergaya. Memakai pakaian 200 dinar- pakaian paling mahal di Kota Makkah. Semasa syahid di medan uhud, beliau tidak cukup kain untuk dikafankan dan terpaksa ditutup dengan daun-daun kayu.

 

– Kisah Abu Hanzalah Amir(Anak Abu Amad ar Rosid – timb. ketua munafik) Peristiwa Uhud. (3000 tentera kuffar melawan 700 orang Islam- 70 mati syahid) . Gendang jihad dipalu meyebabkan Abu Hanzalah terpanggil untuk meyahut seruan jihad walhal beliau pada masa tersebut baru berkahwin dengan seorang gadis yang cantik (orang arab kalau sebut cantik, maknanya memang sangat cantik). Dalam kisah perang ini Abu Hanzalah syahid dalam keadaan berjunub sehingga dirakamkan bahawa beliau dimandikan oleh Bidadari Syurga.

 

– Kisah Abu Dujanah yang mati mempertahankan Nabi dari panahan Tentera musyrik dalam peperangan uhud dengan menjadikan batang tubuh sebagai perisai kepada Nabi sehinggakan syahid berbantalkan kaki Nabi. Seorang lagi pemuda, Abu Talhah kena panah sehingga tercabut mata.(kisah uhud banyak menimbulkan pengajaran kepada umat Islam kerana mengigkari arahan nabi dengan menuruni bukit Uhud untuk mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh golongan kuffar. Seramai 40 orang pasukan pemanah turun, hanya 10 orang yang tinggal telah memberi peluang kepada musyrikin menguasai bukit berkenaan). Semasa ssst genting inilah kafir musrikin membuat serangan sikologi yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad telah wafat. Mengakibatkan semangat pejuang-pejuang islam menjadi lemah. Sehingga turunnya ayat Ali-Imram ;144.

 

144. dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul Yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa Yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur (akan nikmat Islam Yang tidak ada bandingannya itu).

 

 

[o]Tahun ke4 hijrah, (selepas peristiwa Uhud)

 

Berlaku Peristiwa Arra’jii dimana 10 orang (ada riwayat mengatakan 7 orang) Nuqaba’ Pemuda yang dihantar untuk berdakwah telah dibunuh oleh Bani Huzail.

 

 

-Peristiwa baitul Quro’. 70 Ahli Quro yang dihantar berdakwah diserang Bani Asyan, Bani Amir di tempat bernama Telaga Maunah. Kesedihan nabi dipaparkan dengan Nabi membaca Qunut Nazilah selama satu bulan. (peristiwa Bi’r Ma’unah)

 

 

 

Begitulah rentetan beberapa kisah pemuda yang banyak membantu Islam.

 

 

 

 
 

Dalam Kitab Hayatul menceritakan bagaimana

: “Nabi Bina golongan Muda”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[o]- Kisah Hajjatul Wida’ berlaku dalam bulan Zulkaedah. (Semasa peperangan Khaibar (Islam melawan Kubu terkuat yahudi).

 

Kisah dimana Saidina Ali dipilih menjadi “orang yang disayang oleh Allah dan Rasul” untuk membuka pintu kota. Walaupun dalam peristiwa itu, pintu kebal yahudi tidak mampu dibuka oleh orang lain. Keesokan Nabi Memanggil Saidina Ali yang demam dan sakit mata. Nabi meludah mata Saidina Ali dan dengan mukjizat Nabi, Mata Saidina Ali sertamerta sembuh dan diriwayatkan Saidina Ali tidak lagi sakit sampai akhir hayatnya. Akhirnya Saidina Ali dapat membuka pintu Khaibar.

 

[o]Kisah Panglima No4 menggantikan Abu Ubaidah…. Khalid AlWalid (Saifullah)

Dalam peperangan Mu’tah, 3 panglima yang dilantik oleh Nabi SAW iaitu Zaid Harisah (anak angkat Nabi), Jaafar bin Abi Talib (sepupu nabi) dan Abdullah bin Rawahah syahid. Muncullah saifullah (pedang Allah) Khalid Al Walid. Khalid Al Walid berjaya mengundurkan tentera Islam untuk mengelakkan kematian yang lebih ramai.

Nabi menghantar rombongan kedua yang dipimpin oleh seorang pemuda, Usamah bin Zaid yang berusia 17 tahun. Nabi SAW wafat semasa angkatan ini baru berangkat. Khalifah pertama meneruskan misi ketenteraan ini dengan meneruskan lantikan panglima yang sama (walaupun ramai sahabat yang tidak bersetuju) dan misi ketenteraan ini berjaya mencapai kemenangan.

_______________________________________________________________________

Begitulah Gahnya Pemuda dalam membantu Perjuangan Nabi.

Sheikh Maulana Maududi berkata ;

”Kalau kamu tengok masa depan Islam, Tengok anak muda sekarang”

 

Kerana itulah, dalam konvention Protokol Yahudi pada tahun 1837 menggariskan antara kaedah untuk menumbangkan Islam ialah dengan “merosakkan” Remaja Islam.

_______________________________________________________________________

 

 

Kita selusuri pula kisah gerakan era baru. bagaimana pemuda memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadi nadi dan pengerak utama gerakan.

 

[o]kisah Perang Yarmouk di Iran.

 

[o]Peristiwa Black Friday di Tehran [ Shah Aiman ]

 

[o]Usaha Memerdekakan Negara Algeria. Bagaimana peranan dan usaha menggerakkan gerakan islam oleh Sheik Abd Qadir Al- Jair. Satu juta orang syaahid. Melawan Parti pemerintah FLM. Kemudian gerakan ini bangkit semula semasa Dr. Abasi.

 

[o]Penubuhan Gerakan Islam Ikwanul Muslimin di Mesir. As syahid Imam Hasan Al-banna meninggal ditembak semasa usia 40-an.

[o]PKS di Indonesia memenangi Sejumlah  besar kerusi kerana usaha berterusan memberi penerangan kepada masyarakat.

 

Kerana : ” ISLAM MENANG DENGAN ORANG YANG FAHAM”

 

 

[o]Tokoh Jamil’ Islami Pakistan, Sheikh Fadhu Rahman. Mereka menerima Tahalus’siasi yang di bawa oleh Ulama Dunia, Tuan Guru Haji Hadi dengan bergabung dengan 3 parti lain sehingga memenagi majoriti besar dalam Pilihanraya.

 

Begitulah Pemuda Memainkan Peranan.

 

Dalam kitab Jundullah karangan Syed Hawa

 

KEPERLUAN PEMUDA” mengariskan ;

 

1) Pemuda perlu dipersiapkan dengan Ilmu.

2) Pembentukan Akhlak Pemuda sangat penting kerana ianya menjadi cerminan kepada Islam.

3) Disiplin anggota jamaah. ( la islam i’la bil jamaah, la jamaah i’la bil qiadah, la qiadah i’la bit’taah – ),

 

Apa yang kita buat? What have we Do and we Done?

JADI SEBAGAI PEMUDA!

APA YANG TELAH KITA LAKSANAKAN ?

 

 

3 Tuntutan diatas mesti kita penuhi dengan segera tak kira bagaimana. .   .    .     .     .     .   .

AYUH!  Bangkit dari lena. Sedar dari lamunan…. Hanya kerana Demi Islam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: