Posted by: petahmuda | February 25, 2011

Sokongan Melayu?

Peduli apa kalau Melayu tidak mahu sokong PAS?

Artikel Oleh: wfauzdin_ns


PELIK juga aku bila ada yang risau bila mana orang-orang Melayu tidak lagi menyokong PAS. Persetankan Melayu yang tidak mahu kepada PAS, kerana PAS bukan mahu orang-orang Melayu di dalam memperkuatkan Islam. PAS mahukan orang-orang Islam yang boleh berjuang bersama dengannya untuk menegakkan Islam di negara ini.

Jika ada 100 orang Melayu yang tolak PAS, tetapi kita ada 10 orang Cina Islam yang menyokong PAS itu sudah cukup baik. Bahkan, jika Presiden PAS pun dipilih dari kaum Cina Islam yang cukup syaratnya, apa masalah? Biarlah Melayu dengan Umnonya beserta sekutu Apconya itu.

Cuma, apa yang PAS mahu lakukan sekarang adalah cuba untuk selamatkan Melayu Jahiliyyah ini agar kembali kepada Islam. Jika mereka merasa lebih selesa dengan Jahiliyyah, apa yang PAS boleh buat lagi? Memang lazimnya Jahiliyyah menawarkan kenikmatan duniawi. Orang yang minum arak, berjudi dan berzina itu semua hanya ingin menikmati kenikmatan duniawi. Itulah tawaran buat mereka yang memilih untuk menjadi golongan Jahiliyyah.

Kekuatan Islam bukan terletak pada Melayu. Memang di negara ini Melayu dikatakan penganut asal Islam, tetapi sejarah juga menunjukkan Melayu juga penentang Islam. Justeru itu, PAS jangan terlalu bersedih atau berdukacita jika Melayu tolak parti Islam ini. PAS mesti terus mendekati semua kaum untuk terangkan Islam. Tidak rugi satu sen pun jika Melayu tolak PAS kerana kekuatan Islam bukan terletak di tangan Melayu. Jika Raja-Raja Melayu pun orang Melayu tidak boleh pertahankan, kita mahu mereka pertahankan Islam?

Aku tidak sebut kesemua Melayu bersikap begitu. Tetapi sudah semakin ramai Melayu yang ingin terus berada di zaman Jahilliyyah di mana mereka pentingkan habuan dunia. Mengapa mereka menjadi sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin Melayu mereka yang ajar mereka begitu. /

wfauzdin.blogspot.com


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: