Posted by: petahmuda | February 21, 2011

bagaimana sepatutnya melayu memahami politik?

Bangsa melayu adalah antara bangsa dunia yang malas membaca. Jika membacapun, mereka lebih suka memilih topik seperti kisah hantu,cinta, dongeng dan seumpamanya yang santai-santai.
Dalam soal konsep politik ini, tanyakan kepada pemimpin kerajaan muslim Malaysia, apa itu asas politik melayu muslim ? Tanyakan kepada Dr Mahadhir…Tanyakan pada rakyat melayu….
Apalah agaknya jawapan mereka………….ANALISIS LAH KONSEP POLITIK. MOGA SEGALA USAHA PARTI ADALAH IBADAH.

Memahami politik…memahami keperluan politik…..

KONSEP IMAAMATUL ‘ UZMA (الإمامة العظمى )
ATAU KHILAAFAH ( الخلافة ) / KHALIIFAH ( الخليفة )

Langkah awal dalam memahami Politik Quranik akan kita mulakan dengan memahami erti pemimpin negara melalui perbahasan konsep “ Imamatul Uzma” atau lafaz lain yang sama erti dengannya.

Sejak kewafatan Baginda SAW, persoalan kepemimpinan ummah diteruskan oleh sahabat-sahabatNya. Walaupun cara atau pendekatannya berbeza tetapi asas mereka tetap satu iaitu Al Quran.Oleh hal yang demikian sarjana islam dulu dan kini telah banyak mengupas persoalan kepemimpinan tertinggi melalui tajuk-tajuk seperti berikut :

• IMAMATUL “UZMA ( الإمامة العظمى)
• KHILAAFAH ( الخلافة )
• KHALIIFAH ( الخليفة )
• AD DAULAH ISLAMIAH ( الدولة الأسلامية )

Secara mudah terjemah makna tajuk-tajuk di atas adalah seperti di bawah :

Idea Imamatu ’Uzma bererti =Kepemimpinan Tertinggi.

Idea Khilaafah atau khaliifah bererti = Pengganti Baginda SAW iaitu
penerus risalah Nya di muka bumi.

Idea Ad Daulah Islamiah pula bererti = Negara yang diperintah oleh
Politik Quranik.

Keempat-empat kalimah ini sarat mengandungi maksud perbahasan konsep Politik Quranik yang sangat diperlukan oleh ahli politik atau seorang pemimpin.

Rakyat atau para pengundi terutamanya juga perlu menganalisis persoalan ini agar undi yang diberi adalah suatau ibadah dan bukan suatu yang merosak aqidah.

Walaupun istilahnya adalah Imamatul ‘Uzma, iaitu pemimpin tertinggi ummah seperti Khaliifah Ar Rasyidin yang empat sehingga Khaalifah terakhir umat islam iaitu Khilafah Uthmaniah , konsepnya atau ciri-cirinya atau sifat-sifatnya sangat bersesuaian untuk diterapkan ke dalam persoalan kepemimpinan secara umum.

Sebagai seorang islam inilah asas dan panduan tepat lagi kukuh untuk mendepani persoalan kepemimpinan atau politik. 

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9259


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: