Posted by: petahmuda | October 16, 2009

TARBIYAH: peringatan untuk pemimpin dan pendokong PAS.

TARBIYAH, BENTENG PAS MENGHARUNGI CABARAN.

Sila ke : http://www.dppnjohor.blogspot.com/

PAS adalah satu-satunya parti dalam Negara ini yang memperuntukkan aspek tarbiyah atau pendidikan sebagai satu disiplin penting dalam perjuangannya. Hala tuju pentarbiyahan PAS berteraskan menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah dengan menyokong dan mengangkat kalimat-kalimat perintah-Nya beragendakan “penyeruan kearah yang Makruf dan pencegahan kemungkaran”.

Prinsip pentarbiyahan PAS ini bersandarkan al-Quran dan hadith. Lalu dalam PAS, aspek pentarbiyahan ini bukan hanya diwajibkan malah diuruskan secara berjemaah oleh para ulama’ yang menjadi teraju qiyadah sehingga wajib dituruti dan dipatuhi oleh jundiyyah selaku ahli-ahli yang berdisiplin, kerana itu kekuatan parti hanya akan terserlah sekiranya aspek pentarbiayahan ini ditekan, dilaksana dan ilmunya dipraktikan dalam perjuangan. Hanya PAS sahaja selaku gerakan Islam, memperuntukkan di dalam perlembagaannya penekanan pada aspek pendidikan rohaniah ini apabila fasal 14(2)(d) perlembagaan parti menyebut bahawa ahli-ahli PAS wajib, “ Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.”

Perkara tarbiyah ini akan diulang-ulang, disebut-sebut dan diperingatkan dalam setiap situasi dengan harapan agar ahli-ahli dan pemimpin PAS tidak akan lari atau tergelincir daripada prinsip dan dasar perjuangan parti.

Almarhum Prof Zulkifli Muhammad semasa berucap di hadapan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan sejurus kemenangan PAS pada pilihan raya 1964 berkata:

jadikanlah satu kewajiban tuan-tuan mulai hari ini mengaji pengajaran Islam supaya tuan-tuan memikul kewajiban tuan-tuan sebagai orang yang tahu apa yang diajarkan Islam. Jangan ada seorang pun yang takbur, yang merasa dirinya sudah pandai, bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran islam. Bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh sesiapa kerana dia sudah menjadi wakil rakyat.

Demikianlah sepatutnya teguh dan kemasnya ikatan ahli-ahli PAS dalam perkara ini.

Kerana itu dalam muktamar yang lalu apabila Dato’ Seri Tua Guru Presiden menyentuh dalam ucapan pergulungannya, bahawa ahli-ahli PAS perlu membina parti menjadi parti yang perkasa dan membina diri masing-masing agar menjadi ahli yang perkasa sebagaimana ditunjukkan oleh Islam, maka beliau menekankan kepada aspek tarbiah. Kerana wasilah utama bagi mencapai penyususnan tanzim yang kukuh hanyalah melalui tarbiah harakiah islamiyah. PAS kini melangkah melampaui usia setengah abad yang sudah pasti semakin mematangkan ahli-ahlinya dalam bertindak dan berfikir. Kita bergerak dalam waqi’ yang sungguh mencabar dan berubah-ubah dengan begitu pantas.

Atas kesedaran itulah maka akan hanyut dan barangkali lemas siapa sahaja yang tidak cermat dan memilih untuk memutuskan dirinya dari jemaah walaupun sekejap atau atas apa alasan sekalipun. PAS kini berada dalam zon yng selesa hasil pencapaian besarnya dalam PRU ke-12 baru-baru ini. Disaat inilah sebeginilah aspek tarbiyah sangat penting dan perlu buat kita agar kite terus konsisten dalam perjuangan walaupun dalam keadaan mewah ini. Timbalan Presiden, Ustaz Nasyaruddin Mat Isa semasa berucap di Konvensyen Tarbiyah peringkat negeri Pahang baru-baru ini berkata:

Keadaan ini menuntut PAS untuk menyediakan asas terbiyah yang kukuh kepada ahli dan pemimpinya. Sesungguhnya tanpad berpandukan ilmu dan tarbiyah yang ampuh lagi mantap, anggota dan pemimpin PAS tidak dapat memacu dan menggerakkan PAS jauh lagi untuk menghadapi mehnah (ujian) dan fitnah yang semakin mencabar.” “ Penglibatan serius kita di medan politik terbuka tidak menjadi alasan untuk kita abaikan tarbiyah.

Kesibukan berpolitik bukanlah sebab untuk kita tidak menghadiri usrah Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat.” “ Kesibukan memegang partfolio sebagai Ahli PArlimen (MP) atau ADUN bukanlah lesen bahawa tarbiyah sudah tidak perlu lagi. Malah sebagai MP dan ADUNlah, jemaah perlu pertingkatkan tarbiyah mereka supaya memahami dan mematuhi arahan pempinan parti.”

Atas semangat yang samalah maka sesuai sangat kita mengingatkan diri kita akan apa yang pernah diwasiatkan oleh Almarhum Prof Zulkifli Muhammad ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dan Ahli Palimen Bachok,

Rapatkalah diri saudara-saudara kepada al-Quran yang diturunkan oleh Tuhan dan rapatkanlah diri saudara-saudara kepada hadith yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jangan ada orang yang sombong, aku sudah tahu, jangan ada orang yang mengata, aku sudah luput. Kalau kita sudah luput dari mempelajari Islam, berhentilah dia dari menjadi ketua orang-orang Islam. Biarlah kita menghadapi Tuhan dengan hati yang suci. Dengan mengatakan aku sentiasa berjuang untuk Engkau, dan aku lengkapkan diriku untuk demikian.

Semoga sistem tarbiyah yang kita warisi zaman-berzaman ini akan terus mengukuhkan dan mengentalkan perjuangan ini sehingga mampu kita melonjakkan ia demi menjulang cita-cita Islam yang suci.

sumber: akhbar cetak harakah

Last edited by pria_malaya08 on Wed Nov 26, 2008 3:57 pm;

pria_malaya08
Pegawai Waran
Pegawai Waran

Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1119


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: