Posted by: petahmuda | October 16, 2009

Kejayaan ialah Perjalanan Menempuh Kesusahan……(siri 1)

Intipati yang biasa diulang-ulang oleh ABU SAIF ialah…

“Kejayaan ialah Perjalanan bukannya Tujuan.”

Maksudnya, jika meletakkan  MATLAMAT UNTUK BERJAYA, kaedah itu merupakan kaedah yang salah kerana kita akan terlalu berusaha untuk mencapai MATLAMAT yang ditetapkan. Jadi MATLAMAT ialah tujuan yang salah. Kerana MATLAMAT jauh di hadapan. Orang yang terlalu meletakkan harapan di hadapan akan sentiasa tertipu apabila MATLAMAT yang diletakkan tidak berjaya di capai.

Sebaliknya, Perjalanan Mendapatkan Matlamat ialah yang BENAR.

Pokok kepada segala USAHA adalah disini. Disini letakkanya Usaha, dan disini letakknya Tawakkal; (Pengharapan kepada Allah). Maka tidak meyesal, apa lagi merungut bila matlamat tidak dicapai. Sesungguhnya…. PERJALANAN yang di suruh agama adalah dengan sebaik-baik usaha; Dalam apa sahaja kerja buat. Buat sehabis Baik. Buat seikhlas mungkin, Buat semolek habis... Walaupun di tengah perjalanan kita gagal. Kita dikira BERJAYA DISISI ALLAH s.w.t. Maksudnya, bagaimana kita mengurus perjalanan dalam apa sahaja perkara!

Ukuran Kejayaan ialah bilamana Perjalanan itu Menempuh Kesusahan.

Bukan dikira berjaya tiba-tiba kita mendapat cabutan bertuah memenangi sebuah kereta, Atau tiba-tiba kita dapat Menjadi Menteri, kerana itu intipati nasib semata-mata.

Bukan dikira berjaya bila mendapat sesuatu yang datang bergolek, terbang melayang. Itu Cubaan yang menipulara. Ianya akan cepat hidang dari kita sebagaimana cepatnya ia datang.

Oleh itu, bukankah dikira berjaya bila kita melalui perjalanan dengan susah payah? Jalan menuntut ilmu, merupakan jalan yang susah. Orang yang menghadapi jalan ini tanpa putus asa akan berjaya disisiNYA. Jalan Menegakkan ISLAM juga jalan yang payah, orang yang menuruti jalan sunnah akan berdepan dengan seribu macam kesusahan sebagaimana sunnatulrasullullah juga yang melaluinya. Mana ada jalan MENINGGIKAN KALIMAH ALLAH hanya dengan duduk berteleku diatas sejadah. Atau melarikan diri dari medan masyarakat?

Nabi bukan sahaja diperangi, malah nabi berperang. Nabi bukan sahaja disakiti, dicemuh, dipulau, dihalau…. Nabi terus berjuang. Itu Jalan yang wajib diempuhi oleh setiap pejuang.

Kalau anda tanya saya pasal peperiksaan, Saya jawab;” saya mahu berjaya!” Siapa yang tidak mahu berjaya? Makanya, sepatutnya saya akan berusaha sehabis baik. Mencuba berkali-kali, meletakkan pengaruh usaha dan seterusnya bertawakkal.

Tetapi disana ada yang lebih penting. ISLAM YANG saya DOKONG sudah puluhan tahun. Saya juga harus membenarkan diri saya untuk menguruskannya, walaupun kadang-kadang saya terpaksa melepaskan sedikitmatlamat sayakerana Keutamaan hakiki tentulah kepada ISLAM yang saya sayangi.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: