Posted by: petahmuda | July 18, 2009

Teoh Beng Hock: Dilema Kredibiliti Jabatan Kerajaan ku Tercinta

Imbas kembali berita awal tahun bertarikh 29hb. Januari, 2009 sebelum berlaku Perhimpunan Agung UMNgOk…

  • Seorang ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.
  • Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
  • Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
  • Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
  • Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
  • Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali,” katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.

Dan berita yang baru sahaja berlaku hari Khamis lepas…

  • Setiausaha Politik EXCO kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
  • Mayat Teoh Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
  • Semalam Teoh telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Macam biasa… setelah berlaku ke 2-2 peristiwa bersejarah tersebut dan setelah laporan polis dibuat maka dengan bergayanya pihak-pihak yang terbabit mengeluarkan kenyataan seperti dibawah –

  • “Kita harap semua pihak bersabar dalam perkara ini, siasatan akan dilakukan secepat mungkin dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes berprofile tinggi”.
  • “Kita juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan hal ini dan juga kita ingin memberikan amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan spekulasi didalam kes ini”.
  • “Siasatan akan dilakukan dengan adil dan telus… pihak kami tidak akan menyembunyikan apa-apa hasil siasatan dan semua hasil siasatan akan dibentangkan kepengetahuan umum setelah selesai semua siasatan”.
  • “Kita berharap semua pihak akan memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan kes ini”…

Dan hakikatnya ialah… setelah 6 bulan laporan polis dibuat oleh AHLI UMNO DAN JUGA AJK UMNgOk PAHANG, dimana hasil siasatan kes tu..?

Hari ni ada Ahli UMNgOk dan juga Penyokong Totok UMNgOk menyindir-nyindir Pakatan Rakyat kerana bangkit membela Teoh, tetapi mereka lupa ada ahli UMNgOk juga telah dilakukan sedemikian rupa juga. dan pembelaan terhadap pengadu masih samar-samar.

Kenapa masih ramai yang BUTA HATI dan KERAS HATI..?

BANYAK MAKAN HASIL KERJA HARAM KOT…

SUMBER


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: