Posted by: petahmuda | July 6, 2009

abe uji manik urai kite…

2009-06-30

ABE UJI IKE The Transformer

Posted by Rubayat

ABE UJI IKE the Transformer
Oleh Rubayat
http://rubayat68.blogspot.com/

“Awe! mari ikut Tokchek gi jupo YB sementar!” Tokchek aku yang terkenal dengan parti biru pekat melaung keras dari jendela rumahnya. Aku terkejut badak, apa hal orang tua pepagi buta ni? Aku begegas ambik kunci kereta. ” Apa hal pulok Chek?”. “Nak selesai hal tanah ni laa…nak suruh YB rekomen nak wat tubik geran.” Katanya konfiden. Dalam perjalanan, dia mengarah aku belok kiri dan kanan.

Sesampai di satu rumah yang besar di Kuala Krai dia menyuruh aku berhenti dan masuk ke laman. Aku mula tertanya, kenape pulak mai umah YB BN? Boleh ke YB BN selesaikan hal ehwal tanah di Kelantan ni? Tapi demi melihat Tok aku yang terkenal kerasnya, aku tak jadi bertanya.

Kami terus masuk, dan aku lihat Tok aku terjengok jengok dan bertanya sesorang. “YB ado? Ambo ado hal sikit?” Aku lihat ada sesorang yang berbaju kemas tercongok di pejabat YB, melihat Tok aku dengan pandangan ‘biasa’ orang orang kaya terhadap orang kampung. Cuak aku menengok muka eksyennya. Tanpa melihat ke muka Tokchek aku, sambil buat buat sibuk dia menjawab, ” YB tak dok, huh..ada gapa dio?”

Dengan nada merendah Tok aku cuba memberitahu ceritanya. Belum habis lagi kisah yang nak dicerita, PA YB yang eksyen terus memotong, “Pangkah la PAS lagi! Sapa dia buleh tolong demo lo ni? Ambo tok leh! YB pun tok gheti…bla bla bla. Aku tengok muka Tokchek aku berubah..aku naik saspen, kang mengamuk pulak orang tua ni. Tetiba dengan suara keras dia berkata,” Kalu mung tok leh tulong orang kapung, mung jadi tok wakil wat menatang hapa?? Mung mari masuk kapong aku, aku hambat mung. Mengundi lagi, kalah mung!!”. Jeritnya, ” Mari awe kita balik!!” Aku bergegas mengikut perintah. Dalam kereta aku terpaksa mendengar leter yang di selang seli dengan sumpah seranah sepanjang jalan.

Cuba menyejuknya aku mengajaknya pekena teh dan rokok sebatang. “Buleh!” jawabnya pendek. Selepas suasana agak kondusif, dengan nada yang rendah aku bertanya, “Pah kita nak buat gapo pulok ni?” “Tak tahu doh aku!” Jawabnya ringkas, panasnya masih ada. Sambil mencongak congak aku mendail nombor talipon kenalan, yang kebetulan Tok Pengulu di kampung kami, dan cuba berkisah padanya.

Dengan nada ingin membantu dia mencadang untuk kami pegi berjumpa dengan ABE UJI IKE yang pada masa itu adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Krai. Aku bersuara pada Tokchek, “demo kato Abe Uji Ike buleh tulong, nak gi?” Aku tahu Tokchek aku agak sangsi untuk pegi meminta tolong dari orang PAS, sedang dia terkenal dengan pekat biru gelematnya. Mungkin tersepit, beliau membalas, “Ikut mung la awe…”

Berbekalkan nombor talipon yang dibagi tok pengulu Yi, aku terus mendail nombor Abe Uji. Dihujung talipon aku mendengar,” Assalamualaikum…sapa nih?” Suara yang tenang dan tersusun. ” Ambo ni…orang kampung Tengah, cucu PakCu Mejah….nak mintak tulong sikit ni..” Aku cuba beradab. ” Cucu Pak Cu! Bila balik dari Kuala Lumpur? Waris kita ni!” Balasnya dengan lebih beradab. Aku tahu yang dia tahu Pak Cu Mejah orang biru, dan aku tahu yang dia tahu kami bukan waris! “Dah dekat zohor dah ni, molek la..mari jupo ambo di Masjid Jauhar depan Caltex. Ambo try tengok.”

Lega aku. Harap harap Tokchek aku nak pegi ke Masjid PAS tu! Tanpa bertanya lagi aku menghidupkan kereta dan terus membawa Tokchek ke Masjid Jauhar. Ternampak kereta Mercedes pesen lama berpletkan PAS terpacak di laman masjid. Aku tengok seseorang yang berserban, tegap badannya, dan tenang air mukanya menyambut kami.

“Assalamualaikum Pak Cu! Sihat deh?” Manis raut wajahnya menyantuni Tokchek ku. “Cuti berapa hari?” Tangannya yang keras pejal dihulurkan padaku. Beliau menyonsong kami ke wakaf di tepi masjid, sambil menjemput kami duduk beliau terus bertanya,” Pah, guano ambo buleh tulong?” Sambil matanya melihat pada Atok ku yang ternampak kekoknya.

Tokchek mula bercerita, dari kekok menjadi lancar. Dari asing menjadi mesra. Sehabis sahaja kisah Tokchek, Abe Uji terus menjawab, ” Insyaallah Pakcu, ambo tulong setakat ambo buleh.” Wakaf Masjid Jauhar telah menjadi saksi bagaimana Abe Uji Ike melayani dan membantu Tokchek tanpa mengira parti dan kedudukan. Setelah diteliti dokumen dokumen, dicop dan disahkan oleh Abe Uji tanpa protokol yang membebankan orang kampung, beliau kemudiannya menyarankan kami untuk ke pejabat tanah yang berdekatan, dan bertemu dengan pegawai yang tertentu.

Dengan murah hati beliau menalifon pegawai tersebut dan memberitahunya supaya membantu kami. Air muka puas terpancar pada wajah Tokchek. Ucapan terima kasih berulang ulang kali diucapkan oleh Tokchek. Aku terdiam sebak. Abe Uji menyalami kami, meminta diri dan bergegas ke dalam masjid. Zohor hampir masuk. Sedang aku ingin terus ke pejabar tanah, tetiba Tokchek ku bersuara, “Awe…guano kalu kita sembahyang zohor di Masjid ni dulu?” Aku terkesima. “Molek….” Jawab ku. Hari itu Masjid Jauhar depan Caltex Kuala Krai menjadi saksi, aku, Tokchek ku yang birunya sudah semakin cair, solat zohor berimamkan ABE UJI IKE! Takbir!! Allahuakbar!

Selamat Mengundi!!

http://rubayat68.blogspot.com/


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: