Posted by: petahmuda | May 6, 2009

Iman di pecat kerana bercakap Benar?

sumber :

Pecat: Imam dibayar pampasan

Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru “pemerintahan adil, telus dan cara yang betul” Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji.

Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50.

Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut “majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa.”

“Mengikut peruntukan Seksyen 12(2) dan Seksyen 1391) akta yang sama, tuan (Syamsul) layak dibayar pampasan bersamaan dua bulan gaji sebagai ganti notis,” surat itu dipetik.

Wan Mansor enggan mengulas tindakan itu – demikian menurut seorang kakitangan masjid sewaktu dihubungi tadi.

Imam lulusan syariah dari sebuah universiti di Jordan itu memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau sedang merancang untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan.

Imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei selepas digantung dua bulan antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut – beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 – yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Shamsul semalam menjelaskan, beliau “menambah sedikit” mesej “pemerintahan adil, telus dan cara yang betul” dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul “Petunjuk dari Kesesatan” tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jawi seperti dua lagi imam di masjid itu. _ Malaysiakini

* Itu sebab ada orang kata lawan Umno/BN dapat pahala.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: