Posted by: petahmuda | April 20, 2009

tazkiatun- Nas’

Ceramah : Ust Hashim TYDP Sri Gading

Tajuk : Pemantapan Tugas dan Tanggung jawab

Tarikh: 11 April 2009

agama penting

Semua orang tahu, bahawa agama ini penting, tetapi mengapa tidak memberi kesan? Kenapa Agama Tidak Mampu mendidik diri kita?

Siapa pun yang memberi kuliah/nasihat /teguran tidak mampu mengubah seseorang itu jika dia tidak memahami dua perkara. 2 kata kunci yang merangkumi Persoalan dan bagaimana perlu kita memahami dua kata kunci ini:

Q       Memahami Tujuan Hidup

Q       Mempunyai Matlamat Yang Jelas.

TUJUAN HIDUP

dunia

dunia

–                          Memahami TUJUAN dihidupkan di DUNIA ini. Sebagai manusia, perkara pertama yang perlu Jelas adalah mengatahui, TUJUAN di jadikan dimuka bumi Allah swt.

–                          Allah Menceritakan didalam AL-Quran, tujuan di Jadikan manusia adalah Beribadat kepada Allah. “Tidak Kami jadikan Manusia dan Jin melainkan untuk beribadat kepada KU”.

–                          Setelah kita faham apa Tujuan, Maka kita pasti akan mengakui bahawa Allah adalah Rab(Pemilik/ Penguasa kita) dan kita adalah HAMBA.

hambakah kita?

hambakah kita?

–                          Konsep HAMBA. Memahami makna hamba. Hamba Manusia jika dalam kisah P.RAMLI boleh dijual beli. Rendahnya nilai hamba. Hamba tidak ada sesuatupun miliknya, pakaian hamba juga tidak sama dengan orang yang merdeka, kalau hamba perempuan, memakai pakaian aras dada sahaja nak menunjukkan betapa rendahnya Nilaian Hamba. Bahkan jika seseorang hamba kahwin, maskahwinnya juga adalah milik tuannya. Itu Hamba Manusia…

harapan

–                          HAMBA ALLAH. Untuk menjadi Hamba Allah, maka kena Tanya dahulu diri kita dalam setiap perbuatan kita… Kena Tanya Tuan kita dahulu ‘boleh’-atau ‘tidak’. Maka seseorang hamba Allah s.w.t  sepatutnya hanya akan Akur dan Patuh secara Mutlak setiap peraturan Allah s.w.t. Aqidah seseorang Hamba Allah bahawa dia percaya : tidak akan berlaku sesuatu perkara melaikkan semuanya telah tercatat dalam Luh Mahfuz. Keyakinan bahawa, berlakunya sesuatu perkara/ujian/musibah semuanya kerana telah tercatat di luhMahfuz sana. Tidak akan berlaku sesuatu melainkan Qada’Qadar Allah. (Tauhid Uluhiyyah).

–                          Seorang hamba Allah s.w.t yang faham Tujuan Hidup akan bekerja supaya semua Ahli keluarganya akan masuk surga Allah dan bersungguh-sungguh supaya tiada yang terkecuali. Kalau diakhiratnanti, kita tercari-cari dimana Ahli keluarga kita, jika tiada di syurga, maknanya keluarga kita ada didalam neraka. Sebagaimana kita rasa sedih jika anak-anak kita tidak dapat berkumpul dihari raya, kita akan merasa sangat duka cita bila mengatahui ahli keluarga kita dimasukkan kedalam neraka di akhirat nanti.

selamat dari neraka

–                          Oleh itu, sebagai ketua keluarga dan sebagai  Hamba Allah akan memantau ahli kelurganya, anak usrahnya, jiran tetangganya dari Api Neraka. Wajib disematkan rasa sentiasa diperhatikan 0leh Allah. Kena percaya ALLAH BERADA DIMANA SAHAJA.. dan bercita-cita seluruh keluaganya dimasukkan ke dalam Syurga.

basikal kehidupan

–                          INGIN MASUK SYURGA. Apabila kita sedar, kita hendak ke Syurga, maka kita kena memantapkan tanggungjawab kita. Bukan hanya berangan sahaja nak masuk Syurga. Bagaimana seseorang Mahu Masuk Syurga sedangkan amalanya adalah amalan orang Munafik; Bagaimana mahu ke syurga sedangkan masih lagi mempunyai amalan penghuni neraka?

masukkan daku dalam syurga Mu

–                          ILMU. Meyedari Tanggungjawab yang besar ini, maka kita perlu meyiapkan diri kita dengan Ilmu. Tanpa ilmu, belum tentu iman seseorang itu tinggi. Ramai yang hanya bersemangat dalam hanya sesuatu perkara.

demo anti-Israel

–                          Tetapi semangatnya bertempat. Ada yang semangat Berdemonstrasi, tapi bila diajak kuliah… tidak datang. Bila diajak Usrah, payah sekali. Bermacam alasan diberikan. Sedangkan Ilmu yang dikutip dari kuliah-kuliah, Usrah, Ceramah-ceramah akan menyiapkan kita untuk berdepan dengan Medan cabaran/ mehnah dan tribulasi sangat mencabar di hadapan.

–                          IMAN. Perlu difahami, iman adalah anugrah. Sebagaimana Anugrah yang diberikan kepada WakilRakyat oleh Raja- Raja. Bila sebut pasal anugrah, maka anugrah ini boleh ditarik balik sebagaimana seorang raja boleh menarik balik anugrah kebesaran yang dikurnikan kepada seorang rakyat akibat rakyat itu derhaka. Maka IMAN adalah Anugrah tidak ternilai yang seharusnya dijaga kerana Allah juga mencabut Iman dari dada kita.

dahan-syurga

–                          NIAT. Kerana itu, niat adalah sangat penting. Ada orang yang memilih kuliah kerana ustaznya. ” Ah, ustaz ni slow… tak best..dan macammacam lagi.” Datang Kuliah kerana Ustaz A pandai berhujah. Kerana niat yang salah, kita dating kuliah tapi tidak dapat pahala. Niat Memainkan perkara penting dalam kehidupan kita. Menetukan amalan kita diterima atau tidak. Oleh itu, sematkan niat kita Kerana Allah, letakkan pada foundation yang kuat. Barulah kita mampu untuk berubah.

–                          UJIAN. Setiap ujian yang kita terima adalah untuk meningkatkan tahap kita. Sebagaimana di universiti, kita perlu mengambil ujian. “Ah, Encik, Saya tidak mahu ambil ujian lah. Kan saya dah pandai..” Boleh ke kita minta dengan pensyarah macam tu? Sudah tentu Tidak boleh!. Kerana ujian tu untuk melihat pencapaian kita. Lulus ujian, baru boleh naik darjah/ tahap. Begitu juga Ujian/musibah yang di timpakan kepada kita. Kerana Allah mahu mengankat martabat kita apabila kita sabar.

ombak mengganas

–                          Diceritakan dalam Suhuf Nabi Musa, ada seseorang mengaduh kerana sentiasa ditimpa ujian.. Maka Allah S.w.t Berkata ” Jangan MENGAJAR AKU(ALLAH) apa yang sebenarnya baik untuk kamu(manusia)”. Kita tidak tahu, walhal ujian itu walaupun kita tidak suka, tetapi ada yang tersirat yang sebenarnya baik untuk kita. Kita miskin. Jika kita kaya, mungkin kita semakin jauh dengan Allah. Maka hendaklah kita bersyukur.

matlamat

MATLAMAT YANG JELAS

–                          Bagaimana hendak memantapkan tugas?. Perlu dingat hendak masuk surga ni bukan senang. Kerana itu, mesti BERTANGGUNGJAWAB. “Sesungguhnya anak-anak, isteri,  harta merupakan perhiasan yang akan menjadi UJIAN besar kepada kita. Kita Bertanggungjawab menjaganya. Jika kita cuai, maka tanggungjawab ini akan menjadi peyebab kita akan dimasukkan kedalam syurga. Sebab itu, ustaz selalu memerhati dan menjaga keluarga ustaz. Ustaz tengok Isteri ustaz keluar sidai kain, anak-anak ustaz macamana, kena perhatikan. Kalau dalam usrahpun ustaz tegur….. Memang susah. Orang tak suka… Tapi ini Tanggungjawab.

–                          BERJUANG. Nak berjuang, kena betul-betul. Kalau tak sabar, kita tidak akan dapat berjuang.

baiki masyarakat sekarang yang akan hasilkan generasi akan datang...

–                          KONSESI SYURGA. Konsesi yang memegang syurga ada 4 golongan. Jika kita ikut mereka ini, kita akan sampai ke syurga. Nabiyyin, Siddiqin, Shuhada dan Solehin… Para Nabi, Orang Benar, Suhada dan orang-orang soleh.

–                          Dalam sebuah kisah yang mashur ;

o       Allah memerintahkan malaikat jibril melawat syurga. Maka pergilah Jibril melawat syurga. Kemudian Jibril datang menghadap Allah ” Wahai Allah, Demi kemuliaan dan Kebesaran mu, Syurga ini jika sesiapa yang melihatnya, tidak ada seorang pun yang tidak berkeinginan melainkan semuanya hendak masuk syurga-Mu”.

o       Maka Allah s.w.t memerintahkan supaya jibril melihat pula JALAN_JALAN ke syurga. Setelah itu, datanglah Jibril “Wahai Allah, demi kemuliaan dan kebesaranMu, aku beranggapan tiada seorang pun yang akan masuk syurga mu kerana jalan ke syurga penuh dengan halangan/onak duri dan cabaran.

o       Setelah itu, Allah Memerintahkan Jibril pergi pula melihat neraka. Kembalinya jibril, maka jibril berkata ” Ya Allah demi kemuliaan dan kebesaranMu, jika sesiapa yang melihatnya tiada seseorang pun yang berkeinginan untuk ke neraka. Maka Allah menitahkan supaya Malaikat jibril melihat pulajalan-jalan ke Neraka. Setelah itu, jibril datang. “Ya Allah Demi kebesaran dan kemuliaanMu, aku  merasakan tiada seorangpun yang terlepas melainkan semuanya akan dimasukkan kedalam neraka kerana jalan kenaraka dihiasi dengan segala macamperhiasan dan kemewahan”

tujuan hidup

–                          JIKA MATLAMAT KITA ADALAH KE SURGA… TEPUK DADA. TANYA IMAN.

SESI SOAL JAWAB:

1. Ustz, bagaimana untuk mengatasi masalah ego yang tinggi?

Jawapan:

Pertama kita kena ingat MATLAMAT kita di muka bumi ini. Kita kena tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Ego ni sebab nak berlagak. Nak berlagak dengan siapa? Ape Tujuan Ego? Ego ni sifat mazmumah. Sifat keji. Sifat mazmumah ni kena bersihkan. Hati kita ni tidak boleh kosong. Jika tidak ada pengisian, sunyi dari ibadah- Syaitan akan masuk dalam hati kita. Buang sifat buruk, kena ganti dengan sifat baik. Memang susah. Memerlukan Mujahadah.

Bersihkan sifat mazmumah ganti dengan sifat baik- sifat mahmudah. Tambah-tambah lagi, ego pada Gerakan Islam. Macamana Ahli Gerakan Islam ni boleh ada sifat ini. Ego ni Perosak kepada Gerakan Islam.  Niat merupakan aspek penting. Orang yang tidak iklas dalam melakukan ibadat – akan timbul peyakit-penyakit hati. Kena betul-betul dekatkan diri dengan Allah s.w.t.

2. Ustaz, bagaimana kritiria memilih pemimpin?

Jawapan :

Sama macam memilih Imam Solat. Kalau semua baik, maka pilih yang mana paling elok bacaan dia. Jika semua baik, pilih yang paling baik hafalan nya. Jika semua baik. Maka pilih yang suara paling sedap. Jika semua suara sedap, pilih yang paling tua dari kalangan ramai. Macam tu juga memilih pemimpin.

Hadis nabi : ” Jika kamu melantik kepimpinan yang bukan dari ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”

Kepimpinan sangat penting. Ada orang yang mampu dan layak tetapi tidak mahu menjadi pemimpin. ” Eish, ana tak layak sheikh… Ana belum layak…” Macam-macam lagi. Padahal dia layak. Tetapi malas nak pegang jawatan. Kononnya merendah diri.

3. Ust, bagaimana membetulkan / menegur seseorang?

Jawapan :

Islam meletakkan cara supaya berhikmah. Beransur-ansur. Sebab itu, persoalan kesilapan manusia akhirnya berbalik kepada soal Tarbiyyah. Tarbiah merupakan proses yang berterusan. Bagaimana mahu mengubah seseorang dalam masa yang singkat?

Konsep tarbiyyah selain dari memberi kefahaman Ilmu, tarbiyyah juga perlu memastikan supaya ilmu yang diberi diamalkan. Ada yang menyalahkan system tarbiyah diatas masalah-masalah yang timbul. Menyalahkan tarbiyah kerana ahli mempunyai masalah itu dan ini…

Untuk membentuk manusia ni, TOK GURU NIK AZIZ sebut, macam kita Pam Tayar. Kita pam tayar – kadang-kadang tidak naik-naik. Kena tengok takut-takut Pmatersebut yang rosak?. Ataupun Pam OK, tapi mungkin yang PAM tu budak kecik. Lambat la Tayar tu nak Baik. Pam ok, Tukang Pam pun orang sesuai, tengok pulak nak Pam setakat mana. Pakai Pam besar, silap-silap pecah tayar. Begitu juga dalam mentarbiyah manusia. Kena ukur dahulu.

Kadang-kadang dah pam elok dah tayar, tiba- tiba di persimpangan jalan tayar pecah sebab terlanggar sesuatu. Tidak Cermat. Tarbiah ni semua orang mampu.

( Allah s.w.t tahu kita mampu… Kita diberi ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita). Kadang-kadang ada halangan di tengah jalan yang meyebabkan tayar pecah.

4. Ustaz, Apa komen ustaz mengenai pengurusan. Ada yang bagus penglibatan dalam kerja Islam. Tetapi gagal dalam mengurus diri sendiri?

Jawapan :

Ustaz tidak beberapa jelas dengan soalan. Tapi ustaz beranggapan kamu bertanyakan mengenai Kerja-Kerja islam bagus, tapi keluarga diabai..Macam tu ke?

Dalam hal pengurusan, bila tidak kena pada tempatnya itu bukan cara Islam Ajar. Maknanya orang tersebut tidak ikut cara yang Islam ajar. Sebab itu, pentingnya kita berada dalam majlis ilmu.

Contohnya apabila berhadapan dengan dua keadaan. Pertama, keluarga tidak ada makanan… Tapi hari yang sama ada kuliah Agama yang jika kita tidak pergi, kita akan rugi. Sudah la kuliah agama ni jarang-jarang diadakan dan ilmu yang kita tidak tahu pula. Maka kaedah yang kita kena buat seperti kata Ustaz Yusof Rawa. Kita kena cari duit untuk cukup cukup keperluan sahaja, kemuadian kena pergi menuntut Ilmu(mendengar kuliah). Contonya, keperluan keluarga kita RM20. Jadi kita sebagai penyawit, masuk ladang. Kait kelapa sawit kira-kira cukup 20ringgit, Berhenti… kemudian dapatkan keperluan untuk keluarga. Kemudian kena Pergi mendengar kuliah. Tapi tak ada orang buat la zaman ni…

5. Ust, mengenai gejala keciciran adik-adik apabila kita keluar dari Kampus?

Jawapan :

Ini bukan persoalan adik-adik. Kakak- kakak pun sama. (semua termasuk ustaz ketawa). Ustaz nak tengok yang ramai-ramai depan ustaz ni, selepas 5 tahun, berapa orang yang boleh istiqomah dengan perjuangan. Ramai nanti yang akan sibuk dengan kerja, sibuk dengan itu dan ini. Ada yang apabila sudah habis belajar, tidak meyertai kawasan kerana nak kumpul duit dahulu, nak kahwin dahulu. Nak beli rumah, nak beli kereta … lama-kelamaan hilang begitu sahaja.  Bila diminta memegang tanggungjawab- seribu macam alasan diberikan.

rijal = pemuda

Begitulah. Andai kata, semua boleh bekerja untuk Islam. Sudah lama Islam ni menang. Sudah Lama Islam Boleh Bertapak dinegara kita… Tengok universiti kat Malaysia ni ada berapa? Puluhan Mahasiswa Islam keluar setiap tahun.. tetapi dimana Mereka?

Akhirnya, kita kena ingat balik Tanggungjawab kita. Kita yang diberi amanah kena bertanggungjawab. Kena jelas Matlamat kita dan meyakini JAnji Allah s.w.t.

Dan kita semua nak masuk surga.

Hindari perkara yang akan membawa kita ke neraka.

Sebab itu ada doa yang kita baca ” Ya Muqorribbal Qulub.. Sab’Bit Qulubana ala dinikawa ala toatika“.. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati. Tetapkanlah hati kami diatas jalan Agama dan Ketaatan diatas Jalannya ”

anak taat

Wslm.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: