Posted by: petahmuda | March 22, 2009

sikap “No Komen”

Mahasiswa ini Kah Yang Akan Mencorak Negara?

Semalam, saya sempat bermuzakarah dengan seorang adik mahasiswa. Isunya saja saya utarakan diringkas semudah mungkin supaya kelihatan tidak “berpolitik”.

Sikap Elergic pada Istilah Politik yang sebenarnya telah disalah ertikan meyebabkan otak manusia hari ini apabila menyebut tentang Isu Semasa- ” Habis dikatakan Isu Politik”.

Hancur. Rosak Betul….  Natijah dari Peranan Songsang Media(Ajaran Sesat dari Media) dan Pihak Tertentu sejak puluhan tahun nampaknya Berjaya! sehingga Rakyat Kebanyakan jadi Bodoh/Jahil Politik.  Malang Nasib Rakyat kita,  Didoktrain sebegitu rupa.

Saya Memulakan Bicara.

Ok. Katakanlah, adik ni Orang Melaka. Menteri Besar adik didapati bersalah dengan tuduhan Rasuah… Adik Rasa Macam Mana? ( Apa Pendapat adik?)

” Tak Faham la Bang!”

Ok- Ok. Macam nilah, Kalau Menteri Besar Melaka didapati bersalah rasuah oleh Badan Disiplin Parti Umno. Kenapa, BPR tidak Siasat?

” No Komen” balas adik tu.

Eh. Jangan la macam tu. Abang cuba nak kita kembangkan fikiran. Ramai Mahasiswa ni Tak fikir langsung pasal Isu Semasa. Yang diaorang tahu, study je… Ni Isu Penting Ni.,,

Macam ni lah, Katakan kita semua ni orang Melaka. Menteri Besar kita Rasuah. Tapi BPR tidak dakwa. Rasuah TU! Kalau Rasuah sampai berjuta-juta, agak-agak dia ada duit dak?

“hmmm.. “

Mesti lah tak ada kan? Mesti dia guna dana “ghaib” yang kita khuatiri, Duit Rakyat.

.

Paham dak?

” Em. .” memek muka adik tu berubah sedikit, barangkali cuba memahami apa yang cuba saya disampaikan.

Jadi, sebagai Rakyat Melaka… Tak kan kita nak Biar Je Pemimpin yang Rasuah ni Terus Jadi Menteri Besar?

“hmm…. NO KOmen La Bang!”

Aik?

………………………………………………………………….

Dalam hati kecil ku, Eh. Aku cakap ni, orang tak faham ke? Ke Aku cakap Bahasa Cina Tadi?…

…………..

Hmmm. Tak Pe lah Dik…


Saya Rungsing Betul Dengan Mahasiswa Sekarang. Langsung tidak hiraukan Isu Semasa. Nak Faham Analogi yang sebegitu mudah pun tak dapat…

Jadi, Kenapa?

Kenapa Agaknya? Pelik Saya……

Kalau Periksa, Boleh Cemerlang Pulak tu. Semua kaedah Sains digunakan sepenuhnya untuk jawab soalan. Bermula dengan Pemerhatian, Andaian, Hipotisis dan Sintesis Mahasiswa ni bisa dan arif benar dalam menjawab setiap soalan.Tetapi dalam hal semudah ini, Mahsiswa Fail untuk berfikiran dalam juzuk kewarasan fikiran. Gagal Untuk Memahami dalam Sifir Logik Mudah yang dikurniakan Kewarasan Akal Fikiran.

Agak-agaknya, Mahasiswa ni “Mengarang” je Pandai? Atau Hanya Meluahkan Apa Yang disuap semata-mata oleh Lecturer, Maka Itulah Jawapannya. Nah. jika itu yang berlaku, tidak mustahil. Mahasiswa yang akan mewarisi kebodohan Politik sepertimana Rakyat Marhain dikampung-kampung akibat  tidak mendapat infomasi sepenuhnya.

Jika Mahasiswa ini ditakdirkan menjadi pemimpin yang bakal memerintah Nanti. Maka Isyarat jelas bahawa Mahasiswa ini akan menjadi Pemimpin Negara dalam Keadaan Jahil Politik. JiKa Gagal sekalipun menjadi Pemimpin( tidak mahu jadi pemimpin walaupun peringkat kampung), Maka Mahasiswa ini tidak lebih dari menjadi Pak Turut Yang Hanya Akan Ikut Apa Sahaja walaupun bersalahan dengan Etika atau Agama. Tidak Lebih Dari Lembu Yang Bisa Ditarik Hidungnya kemana sahaja. WalHasilnya,  Huru Hara lah Negara dan kesilapan Pimpinan Hari Ini Akan Terus Diulang-ulang.

Tidak Percaya?

Percayalah! Dunia ini Ibarat Wayang. Filem Yang diulang-ulang. Hukum Tamadun Juga Mengatakan Sesebuah Bangsa Atau Negara Akan Sampai Tahap Kemuncak-dan Akan Sampai Zaman Kehancurannya. Bila Hancur sesebuah tamadun, ianya akan mengulangi kisah sama. Akan Mencapai Tahap Membangun- Akan Sampai Masa Kegemilangannya – Dan Akan Sampai Zaman Merosotnya.  Manusia juga, Zaman Kemuncaknya semasa Usia 30-40an Pasti akan Diakhiri dengan Zaman Kejatuhannya apabila usianya tamat.

ISLAM? Islam Juga Sama>>>>>

Islam yang Dahulu pernah Meyinar diseluruh Pelusuk Alam, walaupun kini dihina sehina-hinanya PASti akan bangkit semula meneruskan SunnatuLLah yang ditetapkan Allah s.w.t.

Kebenaran Tetap Benar- Kebatilan tidak boleh dipadamkan dengan nipisnya Kebatilan.

Mahasiswa Pewaris Negara….


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: