Posted by: petahmuda | January 27, 2009

ORANG tua yang Bijak Siasah

Sungguh tarbiyah itu perkara pokok dalam apa sahaja yang dilakukan. Tarbiyah adalah proses berterusan dakwah. Kalau tujuan utama Dakwah adalah: untuk mengimplimentasikan apa yang ada dalam Al-Quran ke luar. Sebagaimana sepatutnya hikmah solat darisegi disiplinya, ketepatan masa, mematuhi ketua, berjamaah, dan pengabdian kepada Allah yang mesti juga dilaksanakan diluar solat.

Dakwah Tidak Sampai

Dakwah Tidak Sampai

 

 

Maka dapat difahami, Tarbiyah itu ialah proses memobilasikan usaha mencedok Apa Yang Ada Dalam AIQURAN untuk di laksanakan dalam kehidupan sehari-hari sebagai way of life atau membudayakan dalam sedar atau jaga dan mesti beriltizam dengannya.

Rumusan dalam sebuah buku bertajuk ” Apa Erti Saya Menganut Islam” menceritakan bagaimana seseorang itu mesti ISLAM dalam keseluruhan hidup, pengamalan, akhlak, ruh, dan segala-galanya.

Bermakna, Bila Kita Menganut Islam… Kita mesti berbeza dari dahulu. Mesti menjadi lebih baik dari dahulu. Kerana itu memahami ISLAM dan Menganuti Islam secara meyeluruh, merupakan perkara yang tidak mungkin dapat difahami dalam dekad masa yang sekejap bahkan memerlukan masa yang Panjang, Jauh dan Susah. Kerana itu, Tarbiyah lah Proses yang mampu untuk mengarah kepada Matlamat besar tersebut.

Tarbiah mesti direka, dibentuk, dicipta dan di susun dengan sebegitu cermat kerana kita semua setuju. Semua yang Beriman dan Islam semuanya sudi menerima tarbiyah.. Kerana itu, mereka sudi untuk berjuang dengan Islam. Hidup dan Mati kerana Islam bahkan segala kerja buat di Dunia mengarah kepada Matlamat yang satu iaitu untuk meninggikan Kalimah Allah melebihi perkara lain di muka bumi. Sesungguhnya

” ISLAM ITU TINGGI, DAN TIADA YANG MESTI DITINGGIKAN LEBIH DARIPADANYA…”

Mungkin “memBudayakan” perkataan tidak sesuai/ selaras untuk menafsirkan ‘term’ CARA HIDUP… Kerana Islam itu mencakupi lebih daripada itu.

TETAPI saya tertarik untuk Merujuk kepada seorang Ulama Agung Mesir yang mentaffsirkan Islam yang pada perkiraan saya paling tepat untuk menafsirkan makna Islam itu sendiri:

“Sesungguhnya ISLAM adalah Aqidah dan Ibadah, Tanahair dan Warganegaranya, Toleransi dan kekuatan, Akhlak dan kebendaan, Kebudayaan dan UNDANG-UNDANG, sesungguhnya seseorang itu dituntut mengambil berat terhadap ISLAM (iatu hal ehwal umatnya)”

———————————————–

pengasingan---

pengasingan---

 

 

 

 

 

 

“Saya ingin membawa satu kisah haraki terbaru dalam Proses Tarbiyah Kepada Masyarakat Itu Sendiri. Iaitu idea Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ( Menteri Besar Kelantan, Malaysia) yang ditentang oleh Semua. Majlis Syura bermesyuarat memutuskan menetang, Gagasan Pemuda juga tidak bersetuju dengan isu bila Tok Guru mengura-urakan nak membawa Penyayi terkenal negara iaitu; Mawi ke Kelantan. Tok guru Punya Hujjah yang membatasi semua perkiraan orang sezaman dengannya. Tapi Tok Guru, dengan izzah dan pandangan jauhnya… dia berkata : “Ambo Bawok Mawi ke Kelantan atas Stand Ambo ni Menteri Besar bukan Mursyidul Am”… Dan dengan perangcangan rapi. Bila Mawi datang… Pengurusan jentera yang memobilasikan Agenda Tok Guru selaras dengan apa yang tokGuru cuba Pecahkan Ruyong Kebiasaan. Bila semua orang lihat.. Konsert Mawi boleh dilakukan dengan tanpa ada pergaulan bebas, Dilakukan selepas solat Isyak jamaah diatas Padang Stadium secara beramai-ramai pulak tu… Akhirnya Yang Tak setuju pada mula-mula tadi akhirnya mengakui… dan Mengiyakan Ijtihad Tok Guru. Sampai bila kita nak merijidkan sesuatu perkara yang harus… Orang muda memang tidak dapat dipisahkan dengn hiburan, Sampai bila kita nak menghalangi mrk secara Qat/i….. sebab tu, kita sediakan kaedah altenatif. … Tok Guru Nampak menda ni…

 

 

 

Orang Tua Yang Hebat siasah hasil dari Hebatnya Tarbiyah yang beliau istiqomah selama ini. Sehingga banyak urusannya di permudahkanNya.

Nota : * Antara orang yang istiqomah dengan puasa sunat isnin- khamis dan komited dengan solat tahajud serta Dhuha dan berterusan dengan fardhu solat berjemaah adalah Tok Guru yang tiada pengganti nilah.  (Ucapan Anak beliau; Ust Nik Abduh Nik Aziz )


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: