Posted by: petahmuda | December 26, 2008

Free Thinker…. Hasilnya?

Free Thinker…?

Akibat bergantungan hanya dengan bijaksana otak semata-mata tanpa dalil kukuh. Terkadang ramai yang jatuh dijalan yang jauh dari kebenaran.

Berhati-hati dengan blogger yang menimbulkan hasutan halus. Samaada bloger itu, memang tidak sedar (jahil tidak tahu akibat dan kesan penulisannya) akan perbuatannya atau memang sengaja (orientalis, free thinker dan orang yang kononya terlampau cerdik sehingga mengesampingkan hukum agama) dan merangcang untuk merosakkan akidah anak-anak Umat Islam secara halus.

Umpamanya artikel dari tukar tiub yang menggunakan istilah <Selamat Maulud Nabi Isa, dan unjuran jangan minum air tapai banyak2(seolah-olah air tapai yang merosakkan akal dan tubuh itu elok?)”. Lalu ada yang mengkritik, dan ada yang meyokong. Tetapi yang mengejutkan, anak-anak muda islam yang tidak tetap/ kukuh lagi asasnya akan terpengaruh.

Seperti komen “bernas” dari anak muda ini… Yang nyatanya daripada Nama; Pemuda-pemuda Islam yang tiada pendirian.

 

Komen saya: Meraikan Nabi Isa ( Jesus) adalah salah, kerana Jesus yang mereka sembah itu bukan Nabi Isa. 25 Disember itu bukan ulang tahun kelahiran Nabi Isa, tetapi tarikh sempena peristiwa lain… sebaliknya, kaum ini telah mengikat Nabi Isa lalu mahu dibunuh oleh mereka sebelum diselamatkan oleh Allah. (bagaimana Paderi-paderi mereka boleh mengatakan itu untuk menebus dosa?) Kalaulah Nabi Isa yang mereka beriman itu, benar-benar mereka Beriman denganNya, lantas mengapa sampai ratusan tahun mereka masih berdebat dan Tidak mahu menerima Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi Akhir zaman yang di iktiraf sendiri oleh Nabi Isa dalam kitab Asal( sebelum digubah oleh Paderi-paderi Mereka).

Mahu Berhujah Apa Lagi? Bukan 10-20 tahun ni diadakan diskusi dengan kedua-dua agama samawi ini. Sudah Ratusan tahun bahkan Ribuan tahun…..

 

 

Tetapi paderi-paderi yang kalah berhujah dengan Ulama Islam meyembunyikan kebenaran. Mereka bukan mahu berhujjah…. tetapi dengan lantang menentang kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Seorang Nabi yang juga diakui dalam kitab mereka( sebelum diubah oleh tangan-tangan Paderi Jahat)

 

Maka oleh itu, bagi orang Islam; selain dari tujuan dakwah cukuplah ucapan surah A- Kafirun Ayat 1-6

 

 

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."

 

              

Ayat Ini bagi meyimpulkan kerasnya hati-hati penganut agama kristian yang semakin kuat meyebarkan fahaman yang mereka sendiri ragu-ragu dengan ajaran mereka tetapi dengan meluasnya disebarkan kepada anak-anak Muda di Malaysia yang tidak didedahkan dengan pengatahuan tentang Islam. Kalau mereka berlapang dada, menerima hujjah dari kedua-dua agama dengan dalil kitab, pasti mereka akan menerima Islam sebagai agama yang sepatutnya semua manusia menganutinya. Tetapi kerana mereka enggan mencari kebenaran, bahkan membenci islam kerana hati mereka telah tertutup dari kebenaran maka :

 

 

Untuk kami agama kami, untuk kamu agama kamu…”


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: