Posted by: petahmuda | December 25, 2008

Cerita Balik kampung…

Peritiwa

Peritiwa

Cerita Emergency

Malam tu saya dapat satu sms ringkas berupa mesej emergency dari adik ke dua saya. Husni.

Message detail :
From : + 0145002380
Subject : Im, kalu nk blek,blek cpt sket..
abah xbrapO shat ni, start mle td xleh jale..
pgi ni nk g anta spital..
Date : 05/12/2008
Time : 3:15 am

               Husni yang berada di kampong cuti lebih awal kerana Pelajar Politeknik cutinya berbeza dari Pusat Pengajian lain. Berita sedih ni, saya terima dengan agak terkejut. Hari ni Jumaat… Alangkah Beruntungnya… Tetapi Abah sakit apa? Lantas hormon adrilina mengalir pantas, mau sahaja terus balik ketika itu juga. Rungutan kecil pada masa ini, saya terfikir, sekarang saya masih berada di Johor. Kalau balik pun, mungkin tak sempat…. Takdir Allah lebih mengatahui. Selepas solat subuh.. Kepala saya masih kosong. Mesej saya dari tadi tidak dibalas…. Saya memilih untuk tidak menalifon. Kalau keadaan bertambah berat, mesti saya sudah dapat berita nya.

Tit… Tit..
Mesej masuk ke inbox telefon saya.

Message detail :
From : + 0145002380
Subject : Abh bleh bgun dh.. xjd g spita
Date : 05/12/2008
Time : 7:45 am

Alhamdulillah…. Harap nya tak ada apa-apa.

“ Berbaktilah sepenuh Jasa kepada Kedua Ibu Bapa selagi mereka masih Ada”

 ——————————————————————————————–

 

 

Nasihat Orang Gila di perjalanan

               Saya balik ke Kelantan menumpang kereta seorang sahabat. Kami berempat balik ke Kelantan memandangkan saudara Hadi mahu merasai perasaan beraya di Kelantan di rumah mak Angkatnya. Bertolak dari Parit Raja pada pukul 12.30 tgh. Solat jumaat di Caah, Labis. Makan tengahari di Simpang segamat- Muazam Shah. Solat asar di Simpang empat UMP- Kuantan- Muadzam. Magrib di Dungun, singgah di rumah Muhaimin dan kemudian melajakkan ke rumah Fadhli Zulhilmi. Meneruskan perjalanan jam 10.30 dan sampai jam 4 pagi di rumah sahabat Fadli di Bachok. Sempat tidur di situ sementara subuh. Kemudian 8 pagi bertolak ke rumah ustaz Sabri. Ustaz sabri menjemput anak murid dia bertandang kerumahnya kerana beliau ada melaksanakan ibadah Aqiqaah di rumahnya di Alor Pasir, berhampiran TESCO Kota Baharu. Seekor lembu ditumbangkan demi meraikan kelahiran putera pertamanya. Sebelum itu, Azham mengajak saya ke kedai buku tersohor di Bandar Kota Baharu. Kedai buku yang tak asing lagi di kalangan rakyat Kelantan bila berkunjung ke kota Baharu. Jafar Rawas…

Semasa sedang membelek-belek buku, datang seorang makcik meminta sedekah. Memandangkan keadaan yang tidak terus, saya menghulurkan sekeping not seringgit.

“Makcik dah Makan?”.. “Jom.. Saya belanja?”. Ajakan keluar dari peti suara tanpa berfikir panjang.

“Tak Nak!” Makcik tu menjawab.

Saya cuba memancing lagi, “ Makcik duduk kat mana?” Makcik duk kat Pengkalan Chepa.” Jawab makcik tu acuh tak acuh. Dia sibuk meyudu orang di sebelah saya. Kemudian datang balik.

“Terima kasih deh. Ambo nak gi Haji. Nak buat buat Haji Mabror. Doa kat Ambo deh?”

“Haji Malboro ke makcik?” Saya mengusik dengan nada begurau.
“Tu Jenama Rokok. Ni Haji Mabror. Haji yang di reda oleh Allah s.w.t.”. Kemudian makcik tersebut meninggalkan bangunan kedai. Hujan lebat ketika itu.

         Dalam hati, rasa bersyukur setinggi-tinggi kepada Allah. Satunya kerana Allah masih lagi member kesihatan akal yang baik kepada Hambamu yang banyak melakukan dosa ini Ya Allah. Kemudian terharu juga… Orang yang tidak berapa sempurna ini pun, memasang niat hendak mengerjakan Ibadah Haji… Sedangkan Diri yang segar bugar ni, usahkan berusaha, memanam niat pun tidak untuk mengalas tangungjawab menunaikan haji. Pada Usia muda lah sepatutnya, sama-sama kita menanam azam untuk melaksanakan Ibadah Haji dan menziarahi Tempat Mulia, tempat yang disana menempatkan jenazah Nabi Baginda Junjungan tercinta. Ini lah masanya kerana pada ketika muda ni, kudrat masih kuat. Berbeda dengan usia magrib yang seakan kubur sudah menjemput datang, rumah seakan menghalau pergi..

         Makcik atau berupa musibah atau apa-apa sahaja yang datang bertandang, atau apa-apa sahaja yang kita terima hendaklak dilihat sebagai suatu ujian yang secara tidak langsung turut megayakan pengalaman. Dan kita kena lihat, ini sebagai merupakan teguran tidaklangsung dari Ilahi supaya melihat Alam ini dan mengambil pengajaran setiap satu daripadanya. Hatta, pada penciptaan Nyamuk yang kecil sepertimana teguran yang tercatat dalam satu ayat Al-Quran… Kerana Sesungguhnya.. Dari Doa yang biasa kita ajukan….kita faham;

“..Dan tidak lah Allah menjadikan semua ini Sia-sia. Maha suci Engkau, Jauhkan kami dari Azab Api Neraka”…

             Otak saya terawang-awang jauh. Buku dihadapan saya yang dikumpul tadi bercampur semula. Ah.. Kena cari sekali lagi. Banyak buku meyebabkan saya pening… Sedar tak sedar, sudah hampir satu jam saya berada di kaki lima kedai Jafar Rawas. Rakan sudah mengajak saya beredar… Buku masih tidak ketemu. Dalam saat berbaki 3 minit yang dilengahkan, Sempat juga saya meyambar tiga naskah buku sebelum meninggalkan bangunan tersebut. Sampai di rumah Ustaz, kira-kira jam 10.30 pg.

           Ibadah Aqiah di sunatkan sekali dalam seumur hidup. Daging Aqiqah disunnat untuk dibuat masak dan diberi makan/dibuat jamuan kepada orang ramai. Berbeza dengan ibadah Qurban yang mengsyariatkan supaya daging tersebut di bahagiakan kepada 3 bahagian. Satu bahagian untuk dimakan, satu bahagian untuk di sedekahkan kepada fakir miskin dan yang susah, dan sebahagian lagi boleh di hadiahkan kepada rakan taulan/ jiran/ saudara. Pun begitu, dalam sirah. Nabi s.a.w. hanya mengambil sebesar tapak tangan daging qurban untuk dimakan oleh keluarga baginda. Kalau orang kita pulak, Qurban tapi, daging dalam peti sejuk boleh simpan sampai 3-4 minggu, nak bagi tau banyaknya bahagian untuk dimakan sedangkan ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita. Kalau kita, paling tidak sebulan sekali boleh makan daging. Tapi, kena ingat, ada jiran-jiran atau saudara kita yang sangat susah untuk bertemu dengan daging memandangkan kekangan kewangan. Ibadah Qurban ini, diantara lain adalah meraikan golongan susah ni. Tapi kalau di tengokkan adat sekarang, masing-masing simpan dalam peti sejuk berbelas-belas kilogram daging yang katanya ‘dikorbankan Kerana Allah taala”…. Kalau macam tu lah gayanya, baik beli je. Kat kedai pun, 18 ringgit je sekilo. 10 kilo baru RM 180. Haa???. Makan puas-puas!

           Saya sampai di kampung jam 8 malam. Dari kota Baharu tadi pukul 3.30 ptg. Kat pekan Kuala Krai tadi jam 5.30ptg dah sampai, tetapi pemandu van yang mengendalikan perkhidmatan  ‘van prebet’ mahu menunggu beberapa penumpang lain. Van Prebet ni nama diberi oleh orang-orang kampung sejak orang kampung menggunakan perkhidmatan van bertambang ni. Mulanya orang kampung tidak keluar kalau tiada urusan penting. Tetapi hari ini perkhidmatan Van Shuttle ni sudah menjadi nadi penghubung sebagai pengankutan awam di sini. Bas Tidak dapat masuk ke kampung ni kerana jalan yang sangat curam. Kedengaran semasa saya bersekolah rendah dahulu, jalanraya jadi begitu kerana ada orang penting JKR yang buat kerja masa tu ( Sebelum PAS ambil alih kerajaan kelantan)dikatakan terlibat dengan rasuah bernilai 2 Juta. Huh. Kalau nilaian pada masa itu, 2 juta tu merupakan nilai yang sangat besar. Entah lah… Kesahihan berita masih tidak ditemui lagi. Nanti saya akan siasat. hehe

 Hampir pukul 7.15 baru dia bertolak. Saya bimbang tidak sempat solat magrib, van yang dinaiki pula tiada Aircond meyebabkan pemandunya memandu perlahan. Pemandu dan penumpang lain, sudah melupakan soal sembahyang nampak gaya. Pemandu nak untung, penumpang pula nak balik awal. Hmm. Macam-macam dunia ni. Andai kata, berlaku exsiden? Hah? Nak jawab apa la kat Malaikat Mungkar Nakir nanti? Jalan juga agak sibuk. Jalan raya Kuala Krai- Gua Musang nampaknya merasai bahang kesibukan setiap tahun kerana sambutan hari Raya memang meriah di sini, jadi jalan rayanya mula sibuk. Esok mesti lagi sibuk. Semasa mendaki bukit Tinggi sebelum sampai ke kampong, hati terasa kecut sedikit… andai kata berlaku apa-apa… Tak solat lagi ni… Aduh.. Doa supaya cepat selamat sampai.

  ——————————————————————————————–

 

Qurban 8 bahagian?

         Pagi hari Raya Qurban 8 Disember 2008, saya beraya di Hospital Kuala Krai. Nurse Klinik Desa Pahi semalam meminta ayah ke Hospital Kuala Krai kerana darah yang diuji menunjukkan kondisi yang ‘membimbangkan’. Jadi, kami berpagi lagi ke Hospital. Bertolak dari rumah jam 7.30 pg. Sampai ke Bandar dalam 8.25pg. singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat hari raya. Sebelum habis khutbah, ayah ajak kami segera ke hospital. Ayah sepanjang perjalanan tadi, hanya berbaring di kerusi belakang kereta. Sampai je di Hospital, nurse hospital ambil darah. Kemudian dari bacaan. Beliau mengarahkan ayah pulang kerana darah “ok”. Lagi pun, tak ada surat dari Klinik Pahi, jadi tak boleh ambil. Kalau rasa teruk, baru datang lagi.
Hmm. Apa lah Nurse ni. Tu je jawapan nya. Kena sakit dulu baru datang? Saya lihat muka ayah berkerut menahan rasa tak selesa. Kalau nurse sudah kata begitu, kami pun bertolak pulang.

           Sampai dirumah, ayah meyuruh saya pergi ke Rumah Pok Noor di hujung kampung untuk ambil daging Qurban. Raya Haji tahun ni, ayah kat kampung ambil satu bahagian dari tujuh bahagian lembu qurban. Harganya; RM 350. Saya sampai semasa orang sibuk membahagi daging. Ibu ada disitu. Yang kelakarnya, orang yang terlibat dengan kerja-kerja membahagi daging kurban ni semuanya tak tentu arah. Ada yang pakai seluar pendek… Tak pakai baju. Di kerumuni kaum hawa yang sibuk nak tengok sehingga adab pergaulan sudah dilupakan. BERCAMPUR BAUR.

 

tiada-kaitan

tiada-kaitan

Yang meragukan ialah Tukang Bahagi Daging ni, bahagikan daging tersebut kepada 8 bahagian kerana satu bahagian nanti akan diagih kepada orang yang terlibat dengan kerja-kerja peyembelihan dan melapah. Sedangkan yang syariatnya 7 bahagian je semua daging tu patut dibahagikan. Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Ali r.a. Memberitahu “ Nabi melarang kami mengupah dengan daging, Kami menggunakan wang poket kami untuk mengupah”. Hmmm. Ini syariat Nabi. Sekarang Bahagian ke 8 tu adalah Bidaah? Tidakkah begitu? Perkara yang diada-adakan bahkan melanggar pula Perkara sunat.

          Nak buat perkara sunat, tak pasal-pasal terbuat perkara haram. TUTUP AURAT ITU WAJIB sedangkan Ibadah Qurban itu Sunnat. MENJAGA PERGAULAN DENGAN BUKAN MAHRAM ITU WAJIB sedangkan qurban itu sunnat. Perkara Ibadah Qurban Cuma Sunnat Muak’kad. Tetapi dek kerana budaya masyarakat yang tak mahu mendengar kuliah-kuliah di Masjid. Beginilah jadinya… Jahil.

           Hasilnya? Nak dapat pahala… Tapi dapat bala. Penghayatan Ibadah Qurban juga tiada makna. Ibadah Qurban mesti Ikhlas. Kalau nak Qurban, tapi dagingnya kita makan lebih banyak dari beri kat orang? Apa makna Qurban? Kalau nak Qurban, tapi lembu yang kita pilih Cuma lembu murah yang kurus? Apa yang kita Qurbankan nya?
Kalau nak Qurban, tetapi melupakan Sejarah Qurban dan penghayatan sepatutnya? Buat apa kita berkorban? Menunjuk-nunjuk? Atau kerana orang lain berkorban, jadi kita nak masuk bahagian juga? Mana Fadilat Qurban yang kita mesti ikut dan kita mesti hayati? Qurban yang tidak ikhlas tak lebih dari Qurban Anak Nabi Allah Adam, Si Qabil yang mengumpulkan hasil buahan yang tidak elok untuk di Qurbankan kepada Allah s.w.t yang akhirnya, Allah s.w.t tidak menerimanya. Begitu juga kalau kita palitkan pada ibadah-ibadah yang lain. Begitu juga kaedahnya jika mahu Ibadah kita di terima. Bermula dari asas Niat lagi. Niat mestilah Ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan Allah s.w.t.

Ibadah Yang tidak Ikhlas kepada Allah… Pasti tidak akan diterima.

  ——————————————————————————————–

 

Getah Harga cuma 80 sen?..

             Saya bertolak pulang ke Johor hari raya ke 3. Sementara menunggu Van yang rutinnya mengambil penumpang keluar ke Bandar, sempat dengar Ayah bersembang dengan seorang nenek yang telah berumur yang menetap kira-kira 50 meter dari rumah kami. Dia tinggal bersama Anak perempuannya yang buka gerai makan. Tok yang berusia lebih 70 tahun.

“Harga getah Jatuh teruk sekarang. Sekarang seringgit sekilo. Kat pedalaman, harga lebih murah, 80 sen je. Harga jatuh ni, teruk lah. Meniaga pun orang datang minum air.. isap rokok. Tak de dah nak beli menda lain.” Rungut Tok.

“Hmmm. Tu lah. Harga getah jatuh. Kalau 80 sen sekilogram ni, susah lah orang kampung.” Ayahku meyokong.
“Tu yang kalau orang yang perut dia tak beberapa baik ni, rompak, mencuri ni… “ kata Tok.

Kemudian Van datang. Saya bersalam dengan ayah sebelum bertolak. Dalam Van saya teringat kata-kata Tok. [Perut tak beberapa baik ni, rompak…]

Kenapa diguna perkataan Perut’?

Kenapa tak guna perkataan “Hati”, “ Perangai”. Padahal boleh sahaja.
Ha. Itu lah hebatnya pembendaharaan kata orang-orang Kelantan ni. Perut digunakan menunjukkan perutlah punca kejahatan. Erk.. Dengan maksud lain, makanan. Makanan Haram yang kita makan, akan menghasilkan darah daging yang tidak baik. Kalau hasil haram digunakan untuk diberi makan kepada anak-anak dan isteri, mesti jadi keluarga yang kacau-merba. Suasana yang tidak harmoni. Perut juga member maksud, jika lapar. Naluri manusia akan bertindak apa sahaja untuk mencari makanan untuk memenuhkan keperluan perut. Jika PerutLapar itu tidak didorong dengan usaha mencari yang Halal. Maka tubuh individu akan lebih mudah mencari yang haram. Kerana Yang haram itu sangat mudah kedapatan. Mencuri harta orang, Merompak…. Semuanya mudah. Sekejap je masa yang diambil. Tup-tup terus dapat 2-3 ribu. Berbanding kerja membanting tulang menorah getah seharian Cuma dapat sekitar 20 ringgit ketika harga getah jatuh menjunam ni.

 ——————————————————————————————– 

 

 

 

Pesan Mok Ambo…


Sebelum bertolak tadi, Ibu ada pesan…

“Biarla ada duit dalam buku bank. Sikit-sikit …”.

               Saya teringat. Mungkin selama ni, budaya meyimpan ni sudah lama ditinggalkan. Tu yang asyik keputusan wang je. Haha. Lepas ni, kena khaskan buku Bank untuk tujuan simpanan ni. Banyak nak guna lepas ni. .. Kawin tak lagi ni. Hehe.

 ——————————————————————————————–

Kesan dasar PPSMI Berjaya?…


Kesan pembelajaran menggunakan bahasa Ingeris sangat ketara di kawasan pedalaman. Mungkin cikgu belum bersedia, atau anak murid memang “bodoh”. Tapi kesian la. Adik-adik kat kampung hari tu, di ceritakan yang paling tinggi keputusan UPSR nya hanya 2A. Tu pun bahasa Melayu. Tu pun kalau tak salah seorang je yang dapat 2A …. Entah lah. Pada saya, ini semua Kesan peperiksaan UPSR dalam bahasa inggeris. Kadang-kadang yang dapat A dalam sains ni, tak faham pun konsep sains itu sendiri. Hmm. Itu dari kajian survey yang dibuat oleh beberapa rakan yang mengajar di serata tanah air. Bukan cakap-cakap kosong. Dah menda tak bagus… Atau mungkin belum tiba masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Kerana kalau yang mahu di Perbagusi itu hanya bahasa Inggeris, mengapa tidak saja digubal subjek bahasa Ingeris supaya lebih mudah di cerna pelajar, bukan subjek lain yang menjadi mangsa? Kan Logiknya begitu?

Hakikatnya, pengubahan dasar ini member keuntungan berlipat ganda kepada syarikat-syarikat pencetakkan, penerbitan dan segala macam lagi yang terbabit semasa sesuatu dasar itu di buat. Nah? Sekarang? Mahu Undur Semula? Hmmm. Berapa ratusan juta pula yang terpaksa dihabiskan.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: