Posted by: petahmuda | December 1, 2008

Tokoh Integriti Bertanggungjawab

Rasa Bertanggung jawab

Rasa Bertanggung jawab

Menteri India letak jawatan

——————————————————————————–

NEW DELHI 30 Nov. – Menteri Dalam Negeri India, Shivraj Patil (gambar) meletakkan jawatan hari ini, untuk mengambil “tanggungjawab moral” ke atas serangan kumpulan militan di Mumbai.

Patil yang dikecam hebat oleh media kerana gagal menjamin keselamatan domestik menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Manmohan Singh hari ini.

Dalam suratnya, Patil menyatakan beliau berasa berkewajipan untuk mengambil “tanggungjawab moral” terhadap serangan yang meragut banyak nyawa itu, kata sumber di Kementerian Dalam Negeri.

Patil mengambil keputusan itu berikutan mesyuarat badan pembuat dasar tertinggi Parti Kongres malam tadi.

Menurut agensi Press Trust of India, Patil memberitahu mesyuarat tersebut bahawa beliau bersedia meletakkan jawatan jika tindakan itu akan membantu meredakan tekanan ke atas kerajaan pimpinan Parti Kongres.

Patil sebelum ini telah didesak supaya meletakkan jawatan ekoran beberapa serangan lain termasuk letupan-letupan bom di New Delhi pada September lalu dan di negeri Assam, timur laut negara ini pada Oktober lepas.

Penasihat Keselamatan Negara, M.K. Narayanan turut meletakkan jawatan berikutan keganasan itu.

Stesen-stesen televisyen NDTV dan Times Now melaporkan, Narayanan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Manmohan dan Perdana Menteri itu telah menerimanya.

Menurut seorang pembantu kanan Manmohan, “ramai anggota kanan kerajaan dijangka dipaksa meletakkan jawatan” berikutan serangan tersebut.

Sumber kerajaan berkata, Setiausaha Dalam Negeri, Ketua Perisikan Dalam Negeri dan Ketua Pengawal Pantai dijangka dipecat.

Sementara itu, angka korban serangan itu diturunkan kepada 172 orang, berbanding 195 orang yang dilaporkan sebelum ini.

Angka terbaru itu setelah mengambil kira pengiraan dua kali yang dibuat sebelum ini.

– AFP

Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: