Posted by: petahmuda | December 1, 2008

Nasib Umat di Nigeria – bila harta kekayaan negara berlegar dikalangan orang tertentu.

1 Disember 2008-

Konflik puak Islam, Kristian di Jos tamat

JOS: Pasukan tentera bantuan yang menaiki kereta kebal dan berjalan kaki, berjaya menamatkan keganasan dua hari antara puak Islam dan Kristian yang menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh di Jos, sebuah bandar raya di tengah Nigeria, semalam.

Unit tentera memasuki Jos dan membantu meningkatkan sekatan jalan raya yang sudah lengang.

Polis berkata, mereka menahan beratus-ratus orang sejak pertempuran berlaku awal Jumaat lalu berpunca daripada pertelagahan mengenai satu keputusan pilihan raya tempatan.

Seorang imam di Masjid Besar Jos berkata, menjelang petang kelmarin, tidak kurang daripada 300 mayat di bawa ke situ untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Pertelagahan politik membabitkan isu tempatan adalah perkara biasa di negara itu yang kerajaannya mengawal sejumlah besar belanjawan yang diperoleh daripada industri minyak. – AP

sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20081201073127/Article/indexworld_html


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: