Posted by: petahmuda | November 30, 2008

Ah Gila!! ..”

Dunia Sudah Terbalik

Dunia Sudah Terbalik

Muhasabah

ah Gila…

Saya dahulu takut dengan satu hadis yang lebih kurang maknanya, ;” Di Akhirat Nanti, ada seorang yang usus perutnya keluar dan dia berpusing-pusing seolah-olah seperti Keldai yang memutar Pengisar Gandum. Bila Nabi bertanya kepadanya, apa yang kamu kerjakan semasa di Dunia sehingga kamu dihina sebegini. ” Aku dahulu, semasa dunia menyuruh orang melakukankebaikan dan mencegah orang melakukan kemaksiyatan… Tetapi Aku sendiri melanggari nya”

Masa sekolah dahulu, hadis ini menjadi sesuatu yang sangat dititikberatkan. Tapi, sekarang saya seolah sudah terlupa ada ancaman ini.

ah, Gila….

Mungkin kerana hati ini kotor…. Jadi sudah lupa pada Hari Pembalasan. Sudah lupa, yang Ajal boleh bertatang bila-bila masa tanpa jemputan. Lambat atau dekat.

Sedangkan dalam Surah As-Saff juga memberi ancaman kepada orang yang tidak melakukan apa yang dia perkatakan….. Aduh… Kena pada hidung. Tahu… Tapi masih begitu.
Ah…. Memang Gila!

Jiwa-jiwa yang dahulunya sebersih kain putih telah dinodai dengan pelbagai pelit dosa hitam, malahan lagi teruk bila usaha “membasuh” tidak dilakukan sekerap mungkin. Dosa-dosa tersebut barangkali meyekat hidayah dari Empunya PemilikNya. Astaufirullah….. Kita melalaikan taubat ampunan dari Nya.

Hm… Gila jugak barang kali…

Walaupun ratusan peluang yang diberikan, bahkan sekiranya jutaan peluang yang diberikan.. Kita masih tetap begini. Lalai dan leka dari mengigati Allah s.w.t.

Sah ! Memang Gila…

Saya sendiri mengaku… Saya memang gila. Orang Gila lebih baik dari saya kerana mereka buat salah dalam keadaan mereka tidak memahami. Dan sekali-kali Kewajiban terangkat dari Orang Gila. Dan Orang Gila akan masuk Syurga. Tetapi saya buat salah dalam keadaan saya sedar dan saya tahu. Maka Taubat apa yang saya pohon? Tak lebih dari sendiwara kepura-puraan. astaufirullah…

Ya Allah…
Ampunkan Dosa Ku.
Maafkan Aku.
Aku Gagal setiap kali digoda Syaitan…

Aku Lupa Tujuan Hidup Ku, Aku Lalai dari Matlamat Hidup serta Perjuangan Ku, Aku Alpa dengan keseronokan sehingga melupakan Engkau…

Zalimnya diriku Ya Allah.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: