Posted by: petahmuda | November 29, 2008

Dulu dan Sekarang..”

Dulu

 ——————————————————————

Ada beberapa perkara yang menyentak tangan ini untuk bercerita. Sudah agak lama, jari malas ini tidak menatap dan bermain rentak tari menaip diatas papan keyboard komputer buruk ni. Sungguhpun begitu, diharapkan ianya akan terus istiqomah dengan satu tugas kecil iaitu meyampaikan peringatan/ dakwah melalui penulisan.

Saya teringat cita-cita saya semasa kecil. Ini terjadi bila kita merenung masa silam dan dengan tanpa disuruh otak ini akan segera berputar memutarkan filem lama yang sudah dilupakan. Semasa kecil, pelbagai cita-cita yang kadang-kadang malu untuk kita berkongsi cerita. Saya teringat lagi bila seorang cikgu bertanya kepada rakan saya. Ahmad Faizal bin Che Nawi.

“ Kamu nak jadi apa Faizal?”

Dengan yakin, tegas lagi yakin, “Saya nak jadi Komunis!”

Lalu gelak sakan satu kelas sehingga diredakan oleh laungan berbisa cikgu.

“ Tolong Senyap!”.  

Sebelum itu rakan-rakan lain sudah bercerita tentang cita-cita masing-masing. Memandangkan pengetahuan tentang kerjaya agak terhad, maka jawapan biasa ialah apa yang ada pada kotak pemikiran masing-masing. Jadi banyaklah solan cikgu dijawab dengan “ Saya nak jadi Doktor!”. Tak kurang yang nak jadi polis, askar, bomba, dan sebagainya. Kerjaya pilihan ini disebut-sebut kerana kerjaya ini sahaja lah pada pandangan budak-budak pada masa itu. Kerjaya ini lah yang didedahkan pada masa ini. Di kampung, kalau abang ada yang menjadi askar, seseorang adik sudah sangat berbangga. Di kampung saya juga, ada sebuah Pondok Polis. Anak polisi ini sangat berbangga dengan Pistol, Gari, dan Lokap yang ada di“rumahnya”. Kalau anak cikgu pula berbangga dengan Ayah mereka. Anak-anak lain masih lagi janggal dengan term DOKTOR, ENGINEER, PILOT, kerana ayah mereka cuma petani, ayah mereka cuma Penoreh Getah dan Peladang.

 

tak-tutup-aurat

Berbeza dengan cita-cita anak-anak sekolah zaman sekarang. Istilah bombastic digunakan. “Doctor cardiovascular”, “Pakar Geologi”, “Astronomic” dan berbagai lagi cita-cita yang tak terfikir langsung pada zaman sekolah 15 tahun lepas. Bukan apa… Kerana kurang pendedahan. Tambahan pulak sekolah saya pada masa itu, terletak di kawasan yang agak di pedalaman. Sebuah kampung Rancangan Pembangunan Tanah (RPT). Ada  Rakan di belakang saya nak jadi Autromen katanya. Sekali lagi suasana kelas gamat dengan ketawa.

Pun begitu, tak semua orang di dunia ini yang berjaya mengekalkan dengan satu cita-cita dari kecil sehingga dewasa. Kadang-kadang cita-cita berubah beberapa kali seiring dengan pemahaman dan pendedahan terhadap kerjaya selain faktor pengaruh luar seperti Nilaian gaji, kepopulariti,  idola dikaca TV, terpengaruh dengan contoh terdekat seperti kejaya waris di perantauan yang bila hari raya balik dengan kereta mewah dan sebagainya. Sebab itu, tak hairanlah ramai yang berebut-rebut nak jadi Artis, tak kurang yang menginginkan anak-anak mereka menjadi artis sehingga didorong dan disokong sepenuhnya cita-cita mengejar ‘glamour’. Barang kali cita-cita menjadi Ustaz, Ustazah, Pensyarah, Guru, Doktor tidak lagi menjadi pilihan utama.  Inilah cerita bertepatan dengan tanda-tanda kehancuran pada zaman penghujung keberantakan akhir zaman ini.

 

Yang paling pelik, Bagi pelajar yang tercicir, menjadi Pekerja kilang seperti title Minah Kilang, Operator kilang merupakan kebanggaan besar walaupun gaji di Kuala Lumpur hanya cukup-cukup makan. Pernah satu kes, minah kilang lama tak balik, balik-balik mengandung tanpa ayah. Sangat merisaukan. Bahkan perkara ini sudah semacam perkara biasa yang tiada siapa endah. Dimana-mana pun berlaku kes seperti ini. Sangat MENDUKACITAKAN. Sebelum terlambat, mari kita berganding bahu memikir permaslahan ummah. Bukan melihat dari skop, apabila tidak kena pada keluarga kita, maka itu hal orang lain. Sudah ratusan tahun orang Melayu selalu dimomokkan dengan istilah “jangan menjaga tepi kain orang”. Ini Adat songsang yang tidak pernah diajari oleh ISLAM. Sudah sampai masanya kita semua berubah. Maka kerana Itu, sepatutnya Si Ayah dan Para Ibu- ibu bimbangkan anak-anak gadis mereka sebelum memberi kebenaran anak-anak mereka bermusafir dinegeri orang. Sebab itulah Agenda Pembentukan Agama anak-anak menjadi keutamaan sejak dari kecil dan berterusan sehingga tanggungjawab itu diserahkan kepada lelaki bernama “SUAMI”. Ibu bapa yang mengabaikan perkara ini, akan menempah musibah cukup besar di Akhirat nanti kerana kecuaian memberi didikan Agama kepada anak-anak.

 

Sekarang

 

Kampung saya sekarang sudah hebat. Ada Doktor, ada Engineer, ada Pensyarah. Bila hari raya, kereta besar seperti Toyota Alphard, Mercedes, Evo 6,  Vios, dan macam-macam lagi.

Faizal yang dahulu nak jadi KOMUNIS kini telah menjadi seorang Angota Polis Bantuan yang berkhidmat di Port Klang. Ramai rakan-rakan lain sudah Berjaya, tak kurang ramai yang sudah mendirikan rumah tangga. Saya? Masih lagi bersendirian… hahaha.

 

 

 

Pun begitu, yang diatas saudara-saudari baca itu Cuma muqoddimah.

 

turun kelapangan

turun kelapangan

 

 

 

 

 

Apa yang saya nak kongsikan ialah:

          Kalau dahulu, cita-cita Cuma nak jadi KAYA, bila berada dalam komuniti Islam, kita kena berfikir lebih meluas, Kaya dan senang kita untuk ISLAM. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil balik segala kekayaan kita. Kena melihat, ramai lagi orang susah. Boleh saja kalau kita mahu semahunya mengumpul kekayaan… tetapi semua itu tidak member manfaat sedikit pun jika kita tidak gunakan untuk keuntungan ISLAM. Untuk meyebarkan dakwah, untuk membantu fakir miskin dan orang susah, untuk membantu memperjuangkan ISLAM. Semua ini pasti akan dibalas Allah taala. Islam bukan menghalang menjadi kaya., Tapi Bersederhana itu terlebih utama. Kerana bila kaya, kita akan jadi KEDEKUT/ BAKHIL sehingga lupa pada orang lain.

 

          Kalau dahulu cita-cita nak beli kereta Mewah. Sekarang cuba murnikan lagi. Beli kereta yang sederhana. Wira atau iswara barangkali sudah memadai. Kalau mampu lagi, apa kata belikan KERETA untuk diinfakkan kepada Ulama-Ulama yang lebih memerlukan dalam untuk meyebarkan kerja-kerja dakwah di serata alam. Kita yang jahil ini, sedikit sangat usaha dalam meyampaikan dakwah… Setidak-tidaknya kalau kita tidak mampu memberi KULIAH, kita sepatutnya mahu menjadi Driver Lori Kepada Jamaah.

 

 

          Kalau dahulu, kita berniat untuk kahwin dengan orang yang cantik. Kita murnikan lagi cita-cita untuk berkahwin dengn orang yang faham agama walaupun tidak lah secantik yang cantik. Nabi kata “ kamu akan berbahagia”.

 

          Kita nak anak-anak kita menjadi orang kaya suatu hari nanti… Kenapa kita tak merancang, salah seorang anak kita yang ramai ni dihantar khusus mempelajari bidang agama atau sekurang-kurang menjadi Hafiz atau Hafizah yang bisa memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti.

 

 


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: