Posted by: petahmuda | October 31, 2008

Budaya Bundle”

 

 

 

Kedai Bundle atau kedai pakaian-pakaian terpakai, dijual dalam harga yang murah. Di Parit raja, selepas traffic light ada sebuah kedai Bundle bertapak disitu sudah hampir 3 minggu. Kedai yang merupakan deretan 3 khemah besar menjadikan Bundle itu seolah-olah dalam satu gudang yang besar.

 

Banyak pakaian dijual. Saya pun 2 tiga kali masuk ketempat itu, tapi keluar tanpa beli apa-apa. Pakaian yang dijual tiada yang “sesuai”. Kita tinggalkan kedai tersebut, kembali sekejap kepada Tajuk yang saya mahu bawa anda semua berfikir? Bundle” merujuk kepada ikatan jika dirujuk kepada kamus. Bagaimanapun dalam rentetan yang sedikit ini, saya ingin memebawa pembaca merenung sedikit kepada Istilah dan konsep bundle yang nampaknya tanpa sedar diasimilasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

 

 

 

Perkara Pertama: Bundle ni merupakan tempat menjual barang-barang yang terpakai khasnya, yang dikhuatiri entah dari mana sumbernya. Pakaian yang dijual itu sebahagian besarnya merupakan pakaian yang telah dipakai sebelum ini. Ada yang mengatakan pakaian ini diperolehi dari Negara luar seperti Jepun dan China kerana Industri Textile disana sangat memberangsangkan. Peragaan Fesyen dan Persaingan harga menguntungkan pengguna menjadikan Penduduk Negara tersebut sentiasa menukar pakaian kerana harga yang murah. Dan pakaian lama ini ada yang didermakan dan ada yang dijual.

 

Asimilasi pertama:

Budaya ini bundle nampaknya diserap(diasimilasi) dalam perangai masyarakat kita. Masyarakat kita suka bergaya. Sebab itu ada istilah orang Nogori “bior pape- asal bergaye”. Nak pergi butik, mahal! Jadi kalau nak pakai pakaian berjenama, Bundle antara tempat tujuan untuk bergaya. MURAH. Saya ada kawan yang menjadi peminat tegar Bundle. Seluar jeens yang dibeli beharga RM 500. Aduh…. Bajek makan student universiti untuk sebulan lebih tu. Bukan saya melarang. Kalau dah mengidam sangat, duit itu pun hasil dari simpanan sejak dari sekolah rendah lagi, beli saja lah. Mungkin ada yang tak leh pakai pakaian murah barangkali. Gatal kulit, tu yang beli yang mahal-mahal je. Cumanya, kadang-kadang bergaya kita tu tak kena….. Walaupun mahal, ada yang sanggup berhabis. Padahal ada benda lain yang lebih penting. Lebih teruk lagi bila yang bergaya itu merupakan orang-orang sederhana…,orang miskin. Padahal ramai orang miskin disekeliling kita, sahabat-sahabat kita yang tidur berlapar kerana tiada duit. Kadang-kadang kita kena belajar duduk dalam keadaan susah supaya syukur lahir dihati.

      Dan yang PALING TERUK, hanya kerana mahu bergaya, tidak kisah pakaian yang dipakai itu menutup aurat atau tidak. Seluar jeens mahal tetapi koyak. Baju tak cukup kain, pakaian mendedah tubuh, selur jeens ketat membungkus tubuh bagi perempuan menjadi pilihan kebanyakan masyarak kita. Ada orang bertanya “Habis tu, Kenapa Bundle Jual?” Iye lah, pakain bundle ni pakaian terpakai dari Negara luar, memang style dia macam tu pakaian non-muslim. Tapi sebab nak bergaya, masyarakat kita nampaknya tidak kisah, walau pun bersangatan keji pada syarak. Yang sepatutnya kita tanya diri kita, “Kenapa kita beli?”!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

____________________________________________________________________________________________

Perkara Kedua: Ada juga yang menaruh syak yang pakaian ini dari kutipan pakaian-pakaian terpakai kemudian dikumpul dan dijual. Walaupun ada syarikat berlesen yang ditubuhkan untuk tujuan ini namun, ianya agak sinonim dengan usaha beberapa badan kebajikan yang menjalankan usaha mengumpul pakaian untuk tujuan bantuan kemanusiaan. Tetapi disalah guna untuk kepentingan individu.

 

Asimilasi kedua:

-Entah salah dimana, tabung kemanusiaan dan agenda pengumpulan barang untuk tujuan sukalerawan acap kali disalah guna. Baru- baru ini, tabung bantuan kemanusiaan dari kutipan duit hasil derma orang ramai ‘hilang’. Integriti kita kena tinggi dalam menguruskan duit bila kita dibri amanah. Saya cuma mengigatkan diri saya sendiri yang suatu hari nanti, diakhirat kita kan ditanya tentang tanggungjawab itu dihadapan Seluruh bangsa Manusia. Malu kita nanti….

_________________________________________________________________________________________

Perkara Ketiga: Ada juga yang mengatakan Kasut Bundle ini di perolehi dari hasil curi. Maklum saja, kecurian kasut sangat kerap berlaku. Kalaulah pada hari Solat Jumaaat pun orang boleh mencuri, inikan kasut-kasut yang diletakkan dihadapan rumah.

 

Asimilasi ketiga:

-Ini perkara yang memalukan si lelaki. Lelaki durjana mana yang sanggup mencuri di hari Jumaat ini. Saya beranggapan, kejadian ini rentetan dari penerapan agama yang tidak meyeluruh. Seorang adik yang saya ketemu tidak tahu mengambil air sembahyang walaupun sudah Tingkatan 5. bila ditanya, “Ibu bapa saya tidak pernah sembahyang”. Aduh…. Sedihnya. Pedih hati kita. Ini Salah Siapa? Salah Sistem Pendidikan kah? Salah Penduduk kampung yang memilih Pak Imam yang tidak menegur ahli kariah? Atau Salah Datuk dan Nenek yang tidak mengajar bapa dan ibu-ibu yang meyebabkan mereka tidak tahu dan tidak mahu mengajar anak-anak? Atau salah kerajaan yang mengesampingkan beberapa perkara penting? Atau salah Dasar? Atau salah Semua? Semua memang salah. Tapi bila lagi kita mahu merobah kesalahan dan kesilapan ini?. Atau kita memang mahu generasi akan datang jahil selama-lamanya. Kalau mahu, dipersilakan….. Tak hairanlah kalau jenayah semakin hari semakin meningkat. Generasi muda sudah hilang hormat pada orang tua. Sekarang cikgu-cikgu sudah tidak boleh mendidik anak-anak murik mereka dengan rotan lagi. Kalau nak bagi punishment pun dengan buat benda-benda lain. Kalau tersilap langkah, cikgu-cikgu akan disaman oleh ibubapa yang kononnya sayang pada anak-anak mereka (Sayang tidak bertempat). Natijahnya, cikgu-cikgu ambil sikap tidak endah. Ini Bukan didikan! Ini memanjakan! Bila Manja, naik kepala lah murid-murid……

Inikah yang mahu kita Bina untuk anak-anak kita?

Macamana pula 20 tahun akan datang?

 

 

Sama-sama kita fikir-fikirkan.

 

Selamat beramal.

 

 

*Nota:

Bagaimanapun ini semua hanya telahan semata-mata.

Bukan untuk menjatuhkan sesiapa, jauh sekali…

Sekadar peringatan kepada yang lupa!

 

Tidak menfitnah, Cuma menduga.

Bukan apa, kena beringat juga…………………..

Entah-entah pakaian tu dari mana, peyakit apa yang dibawa.

Silap-silap ada kuman virus HIV pada pakaian terpakai itu.

 

Tak ke naya?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Responses

  1. Asalnya budaya bundle ni macam bagus. Ye la, konsep kitar semula. Tak la banyak pakaian nak dilupuskan tetapi hasil kebijakan golongan usahawan (baca kapitalis) budaya ini menjadi suatu industri yang menguntungkan. Yang kita pulak-rugi…..

  2. Nice article.. thanks


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: