Posted by: petahmuda | October 24, 2008

Remote control”

“Ayu! kawan kamu talifon ni!” kata mak.

“Ah, mak ni sibuk saja. Ayu nak tengok TV ni. Cerita best ni. Cakap kat orng tu, ayu takaada!” suara lantang dari ruang tamu.

“Hmm. Bagus betul budi bicara anak dara aku ni” ngomel mak perlahan.

“Er, ni sape ni? Kawan Ayu ye? Ayu sibuk la sekarang la. Talifon lain kali ye?” mak cuba memberi jawapan kepada pemanggil. Mak sedaya mungkin tidak mahu menipu, tetapi kerana anak yang disayangi… Mak juga sanggup berdalih.

————————

Rakan-rakan. Dialog diatas semacam pernah berlaku kepada kita. Kita Anak Durhaka kan? Tapi kita dah mintak ampun dengan mak semasa Hari Raya lepas….. Agak-agak mak lupakan tak?

Hmmm. Kecik hati mak kan? Terguris hati mak! Walaupun kecik…. Tapi dah acap kali kita buat benda yang sama… Agak-agak la. hati kecik mak dah tercalar balar……

 

Namun mak tak pernah merungut kan?

Mak baik kan?

 

Mesti lah mak baik…. Sebab tu mak selalu maafkan ketelajuran kita, mak selalu lupakan sikap kasar kita. Bahkan mak seolah melupakan sakit hati dengan kedegilan kita kan? Mak baik sangat kan?  Kalu tak, tentu kita sudah awal-awal lagi dibakar Api dari langit… Paling tidakpun, ditelan bumi. Kan Syurga di bawah tapak kaki mak?

 

Mak…. Ampunkan aku mak! Aku anak yang degil mak!….

Maafkan salah silap aku mak! Aku lupa pada mak…. Dalam solat ku, aku lupa nak doakan mak. Aku doakan aku. Aku nak berjaya, nak lulus periksa, nak jadi kaya, nak itu… nak ini… Tapi Aku lupa nak Doakan mak.

Aku bukan jahat mak. tapi aku lupa kut. Aku Lupa aku ada mak…. MAk.. Maafkan aku. Aku Akan doakan mak selepas ni. Aku akan doakan mak dirahmati… mak senang sentiasa. Aku doakan mak sihat sentiasa….

 

Tapi mak. Mak dah Meninggal…. Macam mana aku nak doa mak sihat? Maaaakkkk!

Jahatnya aku. Durhakanya aku pada mak. Sampai hati aku melupakan mak dalam doa dan ketika jaga. Ketika mak masih ada, aku lupa nak talifon mak. Mak mesti menanti-nanti mana suara anak kesayangannya ni. Aku banyak bercakap dengan kawan dari menalifon mak. Bila mak dah tiada, baru lah aku rindu nak dengar suara mak. Baru terhegeh-hegeh nak ingat kat mak!….. Bila dah tak berguna lagi. Bila Mak dah tak ada…

 

Mak! anak jenis apa aku ni mak?…

 

YA ALLAH………………..

Maaakkk! Aku jahat…. Aku tak layak jadi anak mak!

 

“Ya Allah, Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil”


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: