Posted by: petahmuda | October 18, 2008

“Karenah Kariah…….”

 

 

Aku Salah seorang ahli jawatan kuasa (AJK) masjid Universiti Selatan Malaysia(USM). Ahli lain seramai 20 orang tidak termasuk rakan masjid seramai 60 orang. Esok masjid USM akan mengadakan majlis kuliah perdana kepada semua warga kampus. Khasnya kepada semua mahasiswa USM yang akan berdepan dengan peperiksaan, manakala tenaga pensyarah, pihak pengurusan dan keseluruhan warga USM akan berdepan dengan Pemeriksaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk ditauliahkan sebagai Universiti Apeks. Universiti kedua selepas Universiti Melaya.

Penceramah yang akan memberikan kuliah juga bukan calang- calang. SS. Dato’ Alfadil Sharil Mustafa. (Timbalan Mufti). Pakar Motivasi juga merupakan jemputan khas dari Universiti Tokyo, Jepun dalam bidang Sains Nuklear, Prof. Minaki Mahmud. (Seorang muslim, Pengerusi Masjid Mikawa, Pendakwah hebat dari Jepun).

Program yang telah lama dirangcang ini sepatutnya berjalan pada minggu hadapan, tetapi terpaksa diawalkan pada esok hari kerana musyakkah yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan program tersebut agak tergesa-gesa, maka seluruh AJK masjid dan ahli jamaah masjid diarahkan meyebarkan maklumat ini kepada semua warga kampus.

__________________

Pada hari kejadian, paling mengecewakan. Yang datang hanya tidak sampai 60 orang. Itu pun kerana sebahagian yang datang adalah AJK masjid. Kalau dikira peratus berbanding dengan bilangan warga university seramai 20ribu, bilangan 60orang mewakili 0.3% daripada keseluruhan. Hmmmmm. Sedihnya…. Kecewa bukan kerana bilangan itu sedikit. TETAPI AHLI JEMAAH SENDIRI YANG TIDAK MELIBATKAN DIRI. Sudahlah tidak meyebarkan maklumat, diri sendiri pun tidak datang.

Hm.

Pelik……..

Kalau AJK tidak Berjaya menarik warga kampus untuk program itu tidak mengapa…. Tetapi yang lebih meyedihkan ialah “ahli jamaah masjid” sendiri tidak ‘turun’. Ahli yang cuma seramai 80 bilangannya tidak mampu untuk turun padang meramaikan majlis, ini kan pula mahu diharap warga kampus yang “agak jauh dengan masjid”. Sama seperti Seorang ayah yang melarang si anak menghisap rokok, tetapi si ayah sendiri merupak perokok tegar. “Mana maunya….” Kata sahabat dari Perak.

Konsepnya mudah! Mahu diharapkan orang datang, kita dahulu yang kena datang. Bukankah sepatutnya begitu?

“Biarlah….. Husnu zhon/ bersangka baik” kata seorang ustaz. “Mungkin diaorang sibuk…” kata ustaz itu lagi.

“Hm…Yah… sibuk barangkali” getus hati kecik ku.

“Tapi tadi bila saya talifon ustaz, ramai yang tak angkat. Sedang tidur rakan serumah.” Sambung kata dari ku.

“Ah, itu kerana mereka sibuk. Kan semua warga kampus sibuk dengan peperiksaan sekarang ni” ujar ustaz mahu memendekkan perbingcangan. Mungkin saja malas memikirkan lagi. Tadi aku Nampak jelas, wajar ustaz merah padam kerana bilangan yang hadir boleh dibilang dengan jari. Malu ustaz.

“Hmmm. Mungkin Tidur itu lebih utama dari menampakkan Gah nya Masjid kita sebagai sebuah Pusat Peyebaran Dakwah” kata ku.

“hahaha” Ustaz gelak panjang.

“ Sudahlah!”, sambung ustaz lagi meyebabkan aku kelu sekejap.

Kemudian ustaz meyambung… “Ana agak malu tadi. Ye lah, kita jemput yang hebat-hebat. Yang datang hanya sebilangan kecil sahaja. Ahli kita pun tidak turun seluruhnya. Hmmmm. Tapi ana anggap ini silap ana, Mungkin salah ana meyampaikan maklumat barangkali. Atau silap ana kerana memaklumkan agak lewat”

Aku megaku…. Betul juga kata ustaz. Secara peribadi, aku pun tidak berani meyalahkan Ahli masjid yang tidak datang kerana ada urusan. Tetapi setidak-tidaknya maklumkan dahulu….. Ini senyap tanpa berita. Ingat ke sakit ke apa ke….. Hmmmmmmmmmmm. Entahlah. Kalau tak datang kelas, atau tak datang kerja barang kali, dapat surat amaran. Atau paling tidak kena bagi surat/dokumen tunjuk sebab seperti surat sakit dan sebagainya. Tapi program agama ini, tidak perlu kut……

Jawab lah diakhirat nanti.

Kat dunia ni, macam-macam kita boleh bagi alasan. Allah jualah yang tahu. Nabi Muhammad akan bersaksikan setiap ummatnya…. “ Kalau kita menipu, bukannya kita menipu Nabi. Tetapi kita menipu diri kita sendiri. “ Itu kata Nabi yang direkodkan dalam sebuah hadis.

Aku pandang cermin…..Tengok dari muka, rambut, dada dan akhirnya hujung kaki. Cukup sihat…. Muda…. Comel… Hm. Tapi tak melaksanakan kerja “teruknya diri aku ini…..” Semoga Allah megampunkan segala dosa dan kelalaianku kerana tidak menjalankan peranan sebenar sebagai seorang Muslim iaitu berdakwah dalam erti kata Amal Mak’ruf Nahi Mungkar . Berdakwah itu tanggung jawab semua muslim.

.Allahuakbar, walilla’ hil Hamd.

 


Responses

  1. bak kata2 penulis, JANGAN MERUNGUT.
    betul kata2 penulis, apabila ahli masjid xdatang, kita jg perlu menyalahkan diri sendiri.

    Dia rakan serumah, tapi xkejutkan,
    Dia rakan saya, tapi sy xtelefon,
    dan banyak lg yg blh difikirkan.

    Teringat kata2 seorang ust,
    apabila sekali kita buat salah, orang tak akan nampak kebaikan kita yg lps. Yg satu inilah yang akan sering diungkitkan.

    Baca bab jihad konon, program pun xpergi. Hahaha, kelakar bunyinya. Bunyinya macam marah berEMOSI.

    Akhir zaman, fitnah yang datang xdpt di elakkan.

    “JANGAN MERUNGUT”

    jahatnya aku ni..


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: