Posted by: petahmuda | October 15, 2008

Harta “Warisan”

semalam aku berjumpa dengan Ustaz sabri. Perjumpaan hari raya… beliau ada bertanya kemana hilang lama tanpa berita. Aku menjawab acuh- tak acuh sahaja. ” Tak sempat ustaz, sibuk” .

 

Kemudian Ustaz bertanya pasal Fadli, Yah. Beliau sihat… Kemudian kami berbincang pasal Harta Pusaka. Aku pun lupa, siapa yang memulakan isu tersebut. Kalau tak silap, Ustaz kata Fadli ada menalifon bertanyakan hal tersebut. ” Ana mana ingat…. Tu belajor masa Kat Azhar dahulu”…..

Pembahagian Pusaka atau nama lainnya Faraid. Ada calculationnya yang tersendiri. Bukan main-main. Hmmmmmmmmm. Tak Hairan lah kata Ustaz, kerana HARTA, banyak orang bergaduh.

– Anak bergaduh dengan ibu, Abang bergaduh dengan adik, Kakak tidak bertegursapa dengan datuk…….. Tengok saja, ada kes sampai peringkat sanggup berparang. Kes di kuantan sanggup enggunakan Ilmu Hitam untuk menundukkan pesaingnya…… konon-kononnya itu hartanya. Padahal dia lupa, Orang lain juga ada hak pada harta tersebut. motor buruk pusaka pun sanggup berebut… ada nilai Antik katanya. Hmmm. Macam-macam lah…

Bukan apa pun, Sebab TAMAK. Kalau diselidik di jabatan AGAMA, macam-macam kes membabitkan Perebutan harta pusaka ni……. Mungkin juga sebab lupa… Daging yang tumbuh dari hasil haram, maka NERAKA lah yang layak baginya

” Janganlah kamu berlaku zalim, sesungguhnya zalim itu dekat kepada kekufuran”…..

 

Kalau sudah berputus arang, berkerat rotan… Maka mahu di tanya apa lagi? Tak terfikir ke yang mahu di”tetak” itu, ahli keluarga…… Darah daging……. Bukan orang lain!!!!

  Hm. “Memang HAReTA ini BERHANTU”, terdetik hati kecilku.

_________________________________________

Aku teringat, Hari ini hari ke7, kematian Ayahanda kepada ZulFadzli. Bermakna sudah 7 hari, arwah meninggalkan kita. Aku teringat lagi kata-kata cikgu Musa. ” Macamni, Berpakat semua anak-anak pada malam itu, kemudian bersetuju untuk serahkan kepada Si Ibu.   Kemudian, selepas itu, si Ibulah membahagikan pula… Tak apa lah selepas itu tu,  Itu hal kemudian”  Cikgu Musa memberi cadangan.

Pada masa itu, aku sangat setuju sekali….. Begitu lah peyelsaian paling senang pada hemah aku. “Arwah tak terseksa, Kerja pembahagian pusaka jadi mudah” ….. “Ya! Betul tuh!” bentak ku secara tak sengaja. Cikgu Musa cerita satu kisah…..

Jika kita pergi ke negara luar…. Kita akan ditahan oleh Imegrasion negara tersebut. Pada masa it, duit negara kita pun sudah tidak laku untuk urusan jual beli. Kad pengenalan kita juga tidak diguna pakai disitu………. Begitu jua, bila kita semua mati. Duit dah tidak berguna lagi. Amalan kita lah yang akan menentukan perjalanan kita disana.  “Bila kita mati meninggalkan ‘urusan Hutang’ dan hal pusaka yang tidak selsai…. kita akan tertahan disana.” tambahnya lagi. Menjadi tanggunjawab waris bantu meyelsaikan urusan tersebut supaya smooth perjalanan arwah…. Aku ingat analogi ini pernah diguna oleh Tuan Guru Nik Aziz semasa ceramah mingguannya di pekan Kota Bharu beberapa tahun yang lepas. dan analogi tersebut diguna pakai oleh sesiapa sahaja bila bercerita pasal Alam Arwah/ atau alam KUBUR. Alam kedua selepas kita meninggal…. Kita semua akan tetap kesana. Hahaha. Hebat betul analogi “orang tua” tersebut. Hati sesiapa pun beoleh menerima ” Nasihat Bergema ” tersebut valid  sampai bila-bila pun tanpa bangkangan dihati.. Bagi sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Pembalasan pasti hancur luhur mendengar nasihat tersebut. Apa lagi, bila kita sendiri yang kerap kali berurusan keluar negara dengan imigrasion. Tapi Yang UNIKNYA, bila dah masuk kesini… Tidak pernah dalam sejarah… Ada yang boleh berpatah balik kerana tertinggal “dokument” atau bekalan Makanan. hmmmmm. Insaf moga-moga diri hina ini……….  

 

Berbalik kepada cerita cikgu Musa tadi…. Cadangan Bagus! Hmm. Jadi cadangan cikgu aku terima sepenuh hati tanpa bantahan…..

 

TETAPI rupanya aku lupa…. Bila aku berbicara dengan ustaz Sabri semalam. ustaz kata ” Kalau semua yang sepatutnya dapat Pusaka bersetuju, Mudah lah”….. tapi bukan senag nak semua setuju.

Wah, rupanya aku terlupa…. terlepas pandang. Harta pusaka itu ada hak pada atuk? Mana Atuk? hmmmmmmmmm . Rupanya….. Sebab jahil. aku laju menghukum….. Perangai jahil memang macam tu. Terus terima tanpa menilai faktor-faktor lain.

 

“””””””””””””””” Rupanya hal FARAID ini bukan sesenag di kata. Oleh yang demikian rujuk orang yang mahir. Nasihat ustaz , “rujuk saja Majlis Ugama” Ada pakar disana. Kalau rujuk badan-badan yang menguruskan, mesti mereka pun hendakkan habuan. Entah-entah semasa dibuat-urusan…. tidak tersengaja menggunakan harta tersebut. Kalau orang lain redha…. Takapalah. Tapi kalau tak?????

 

 

Kat ustaz lagi ” Sebab itulah Rasulullah Baginda Muhammmad s.a.w junjungan wafat tidak meninggalkan harta”……  Salah satu sebabnya. sebab Payah…. Hati manusia ni memang payah nak difahami. Kalu semua setuju…. semua sepakat. Jadi senang lah semua….. , tak apalah. Tapi ni mesti ada yang tak kesatuan, saling bercanggah……. tidak sekufu.

 

Kan memang macam tu manusia dijadikan…… Bercanggah tidak salah…. Tapi sengaja bercanggah itu salah. Tidak setuju itu tak apa…. Tapi membangkang membabi buta itu tak kena……

 

“Sesungguhnya kebenaran itu tetap benar, dan kebatilan itu tetap batil………”

 

 

 

Nasihat saya :

– Bersabar… berlapang dada. Memaamfkan itu lebih baik.

_belajar ilmu Faraid ini bagi kegunaan masa hadapan… Paling tidak pun Tahu Batasannya.

-Berhati-hati menggunakan/ menguruskan harta….. Soal selidik puncanya…. Siasat sumbernya… Jika tida syak syubhah dan Halal… Barulah diyakini dan diterima untuk memakannya……

 

“Beringat sebelum ada, Berhati hati sebelum mati”….. allahuakbar.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: