Posted by: petahmuda | October 9, 2008

Hari raya ke 7

Semalam aku berjumpa semula dengan salah seorang cikgu lama. Walaupun dia tidak pernah mengajar aku, naman kehadiran dalam suatu sesi motivasi di sekolah kira-kira 10 tahun lalu meniggalkan kesan yang mendalam sehingga aku masing terngiang-ngiang nasihat bermain-main ditelinga semasa kali kedua bertemu. Cikgu Musa, semasa itu cikgu Musa adalah seorang kaunselor dis ekolah Menengah Intan Zaharah, Dungun. Dia datang ke sekolah ku kerana jemputan Kaunselor sekolahku; Cikgu Ramli.

 

Aku Jumpa cikgu Musa semasa menziarahi rumah saudara kepada seorang Sahabat Baik ku. Fadzli Zulhemi. Kami bergegas ke Melaka pada malam itu kerana mendapat pangilan kecemasan yang memberitahu Ayahanda kepada Fadzli sedang sakit tenat. Bertolak dari Parit Raja lebih Kurang pukul 9.30mlm. Dalam kereta, Fadli tidak putus-putus membaca Surah Yasin dan mendoakan keselamatan kepada Ayahnya. Kira-kira setengah jam sebelum sampai, Air mata Fadli Jatuh sekali lagi… “ Ayah ana sudah meninggal. Abang ana suruh segera pulang ke rumah. Tak perlu keHospital…” aku tak tahu. Seingat aku, respon yang aku beri pada masa itu, hanyalah muka suram tanpa apa-apa petah bicara. Aku tidak tahu harus apa nak dibuat. Yang aku tahu Cuma focus kepada kenderaan yang sedang aku pandu.  Bacaan Meter kenderaan menunjukkan 140 km/jam. Kaki ku mahu menekan minyak supaya kami memecut laju. Tapi hati ku memujuk…. “ .. Sudah pergi… Biarlah. Yang nak dikejar pun sudah tidak berkesempatan..” Ingatkan tadi sempat lagi menatap wajah Ayahanda Fadli buat kali terakhir. Rupanya, mati itu tidak pernah menunggu sesiapa. Walaupun anak yang ditunggu itu anak  kesayangannya.

Aku Fokus kepada jalan, Kenderaan Pacuan 4 roda, Kembara buruk itu tidak mampu memecut lebih laju. Tayarnya seakan-akan mengelincir kanan-ke kiri. Aku hanya memecut ketika jalan lurus, di jalan selekoh, kaki ku segera menekan minyak. Jalan basah meyebabkan cengkaman tayar tidak kuat. Mungkin cengkaman itujualah yang telah tertanggal dari Ketabahan hati Fadli sejak dari tadi. Beliau menangis sambil beberapa kali memujuk hatinya sendiri. Suara sendu bercampur baur dengan alunan Al-Quran. Aku hanya mengikut perlahan bacaannya. ……

 

Kami Tiba di Melaka pada jam 11 lebih. Masa itu sedang menunggu ketibaan jenazah… Tilam dan kain batik nampaknya telah tersedia. Mungkin waris dari sebelah Ibunda Fadli sudah meyiapkan awal-awal lagi setelah mendengar berita kematian dari Hospital.

Beberapa orang kampung sudah berada dir umah itu. Waris-waris Fadli Sudah meyediakan Surah yasin dan beberapa buah Al-Quran untuk tetamu. Ya. Barangkali, inilah Hadiah yang tetamu yang datang akan ‘berikan’ kepada arwah. Kami menunggu agak lama. Terdengar cerita-cerita dari beberapa orang. “ …Mudahnya Dia Pergi… Tadi elok-elok bercakap. Nak makan Pizza, dibelikan Pizza. Sempat bergurau senda dengan Isterinya lagi tadi dihospital. Cikgu Salmah. “.. Aku bukanya nak mati lagi…” ketika Cikgu Salmah melarang bangkit dari katil.

Dari cerita yang didengar. Cikgu salmah kata, arwah sempat solat Magrib. Kemudian datang Nurse meyuntik ubat sebagaimana rutin. Rupanya ubat tu, ubat terakhir….. Selepas seketika, Arwah mengigil kuat. Doktor segera membawa ke dalam wad ICU. Keluarga dilarang dari melihat…….

 

Setelah seketika bergelut dengan masa…… Rupanya Allah lebih mengatahui. Perangcangan Allah melebihi segala-galanya.

 

Arwah menghembus nafas lebih kurang 8.45 mlm. 7 shawal 1428H bersamaan 7 Oktober 2008 pada usia 55 tahun. …

 

Arwah sampai dengan kenderaan jenazah terpampang  lambang milik Tabung Haji.

 

Sekali lagi suasana hiba meyelubungi Rumah tersebut dengan tangisan sedih keluarga Arwah. Kesedihan yang normal. Biasalah…. Sesiapa sahaja akan bersedih. Aku turut bersedih…… Namun yang hidup mesti meneruskan hidup, yang mati mesti disegerakan urusan pengebumiannya. Aku dimaklumkan, jenazah akan dikebumikan selepas Zohor esok. … Pada pukul 2 pg, sebuah rombongan dari Parit Raja tiba. Sahabat-sahabat ; Sar, Helmi, Azham, Firdaus, dan Amir. Mereka kemudian berangkat pulang  sebelum subuh kerana perlu menghadiri kelas. Hmmm . Malam itu, alunan Al-Quran berkumandang tanpa henti sehingga subuh pagi. Bacaan bergilir-gilir dari isi rumah dan tetamu yang bertandang. Semoga amalan dan sedekah yang diberikan sampai kepada Jenazah sebagai hadiah yang mengembirakan dialam barzakh sana…. Suasana pagi itu seolah –olah redup tanpa bunyi bising seolah-olah merelakan pemergian seorang Ayah Mithali dari dunia ini. Al-Fatihah……

Esoknya ….

Pagi- pagi lagi, jenazah dibersihkan kali pertama. Bajunyaa diguntingkan kerana baju tersebut, bagimanapun harus di gantikan jua dengan kain kapan. Air keluar dari hidung dan lelehan dari mulut dibersihkan. Arwah semalam sakit jantung. Komplikasi dari ubatan atau saluran air yang “dipaksa’ masuk oleh doctor keluar balik. “… mati asbab sakit jantung biasanya, akan keluar balik lelehan cecair yang dimasukkan sebelum ini… kata Fadli kepada aku. Aku mengangguk. Aku kurang setuju. Mungkin sebab itulah dalam Islam disunatkan disegerakan pengurusan jenazah bagimenghormati jenazah…… Tapi keluarga jauh mahu melihat wajah arwah buat kali terakhir. Biar lah…. Bukan salah. Cuma tidak hormat.

 

 

Pada pukul 10 pg. Aku harus berangkat pulang. Kali ini aku pulang bertemankan sahabat-sahabat lain. Sebelum pulang, sebuah lagi kenderaan dari Parit Raja Sampai….. Ust Sharil, Zul, Azrin dan seorang sahabat. Aku meninggalkan Fadli dengan urusan yang mesti diselsaikan segera…..

 

“ DAN CUKUPLAH KEMATIAN ITU SEBAGAI SUATU PERINGATAN (kepada yang masih hidup)……..” maksud Al-Quran.

 


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: