Posted by: petahmuda | October 6, 2008

Merekabentuk ‘gembira’

Ramai yang selalunya berdepan umum dengan riak muka yang pelbagai. Ada yang suka senyum memanjang, ada yang muram tak berkesudahan. Ada juga yang bergaya selamber. Tak kurang yang serius sepanjang masa.

Hakikatnya, Islam mengajar kita untuk berlapang dada dan sentiasa senyum. Memaparkan wajah senyum sedaya upaya bukti kita redha dan menerima apa sahaja dugaan dan cabaran hidup sehari-harian. Indahnya ISLAM bila penganutnya dilihat sentiasa ceria…….

Pernah kita bertanya pada diri… Bagaimana nak bergembira? Atau mereka rasa SUKA?

Saya pernah mendengar nasihat dari Guru saya semasa tingkatan 4 dahulu. Kawan yang paling sedap sekali ialah Berkawan dengan Malas. Malas lah pada saya, punca segala malapetaka. Yang menjauhkan rasa Ubudiayyah kita kepada yang Esa. Rasa Penghambaan dan Penerimaan apa sahaja yang kita dapat/ terima saat ini sebagai suatu kurnia. Jika kurang baik, itu untuk menguji kesabaran kita. Jika baik yang diterima, itu untuk menguji sifat Ingat Syukur kita pada Nya.

Bila kita telah berlapang dada…. Barulah kita boleh design sifat gembira dalam hidup kita. Sebagaimana yang semua boleh fikir dan bersetuju…. Sifat gembira ini menjadikan kita lebih muda. tak hairanlah kalau orang dahulu kala kata ianya ubat awek muda.

Gembairakan diri anda dengan segala cara yang dianjurkan oleh Islam. Kalau sebagai pelajar, perkara pertama adalah memahami tujuan Pekerjaan sebagai PELAJAR. Pelajar ni bagaimana? Samakah cara hidupnya dengan seorang Pekerja Buruh? Atau nelayan laut Dalam? Sudah mesti tidak sama. Jadi memahami Hidup sebahai pelajar. Pengurusan masa ,Pengurusan wang sebagai seorang Pelajar sudah tentu sama sekali BERBEZA dengan orang lain.

Jadi Kalau hidup sebagai Pelajar Belajarlah bagaimana untuk menjadi PELAJAR. Jika hidup sebagai PEKERJA, belajarlah bagaimana menjadi seorang pekerja…..

Selagi mana hidup, belajarlah untuk terus hidup dengan lebih bermakna.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: